Oh! Tidak
Ketagih Lepas Terlanjur Dengan Bapa Mentua, Wanita Ini Sampai Terfikir Nak Tinggalkan Suami
Makin banyak ek cerita tentang isteri curang ni? Kali ni, seorang wanita mengaku curang dengan bapa mentua sendiri sampai terlanjur dan ketagih. Allahu…
Tular di X, seorang wanita berkenaan mendedahkan perbuatan terkutuk itu terjadi setelah ibu mentuanya meninggal dunia sementara suaminya bekerja offshore.
Yang membuatkan netizen lebih tercengang apabila dia sendiri mengaku tidak menyesal selepas terlanjur beberapa kali.
Sejak itu, saya tak boleh berhenti fikir dengan apa yang terjadi. I still sayang kat husband I tapi FIL I was better in bed and memang jaga I elok whenever I am there.
Makin lama makin teringin to be with my FIL.
Adakah normal untuk mencintai dua lelaki dalam satu masa?
Tambahnya, hubungan terlarang itu juga sampai membuatkannya terfikir untuk meninggalkan si suami demi bapa mentuanya.
Saya rasa bersalah sangat nak bersemuka dengan suami tetapi perasaan saya ketika bersama bapa mentua sangat menakjubkan.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menyuruh wanita itu supaya bertaubat dan mengingatkannya bahawa dia masih tak boleh berkahwin dengan bapa mentuanya walaupun sudah bercerai.

Astaghfirullah… Suami susah payah cari duit, yang sakit pula dipilihnya. Apapun semoga wanita ini cepat-cepatlah bertaubat ye.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM