Connect with us

Oh! Media

4 Abang Durjana Ditahan, Disyaki Rogol Adik Sendiri

Trending

4 Abang Durjana Ditahan, Disyaki Rogol Adik Sendiri

Kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan paling tepat menggambarkan perbuatan empat abang yang disyaki merogol adik sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja Dirogol Bapa & 3 Abang Kandung, Tangan & Kaki Diikat Di Penjuru Katil

Memetik laporan Harian Metro, perbuatan keji empat beradik lelaki itu terbongkar apabila mangsa menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

Mangsa yang berusia 13 tahun mendakwa telah dirogol secara bergilir-gilir di rumah mereka di Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak lebih tiga tahun lalu.

Sekadar gambar hiasan

Susulan laporan polis yang dibuat pada Ahad, pihak polis telah menahan kesemua suspek. Suspek berusia di antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017

Menurut sumber, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas