×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Remaja Dirogol Bapa & 3 Abang Kandung, Tangan & Kaki Diikat Di Penjuru Katil

Oh! Tidak

Remaja Dirogol Bapa & 3 Abang Kandung, Tangan & Kaki Diikat Di Penjuru Katil

Haruan makan anak, itulah pepatah yang tepat untuk menggambarkan perbuatan jijik bapa dan tiga abang kandung yang didakwa menjadikan darah daging sendiri sebagai pemuas nafsu.

Memetik laporan Sinar Harian, remaja berusia 18 tahun yang tinggal di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak mendakwa dirogol dan diliwat sejak lebih setahun yang lalu.

Sekadar gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, sejak kematian ibu, mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama keempat-empat suspek.

Tambahnya, mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku sejak Februari tahun lalu. Kali terakhir mangsa diliwat dan dirogol bergilir-gilir oleh bapa dan tiga abang kandungnya adalah pada akhir Februari lalu.

Mangsa mendakwa ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh dadah. Mangsa juga dikatakan telah diberikan minuman bercampur dengan bahan disyaki dadah.

Mangsa juga mendakwa kedua-dua tangan dan kakinya diikat menggunakan tali rafia di penjuru katil dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Pada waktu malam, mangsa akan dirogol pula oleh bapa kandung dan akan dipukul sekiranya melawan.

Berikutan itu, kesemua suspek berusia 23 hingga 48 tahun termasuk seorang wanita dipercayai kakak ipar mangsa telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Kesemua mereka direman tujuh hari sehingga 29 April ini.

ADVERTISEMENT

Hasil saringan ujian air kencing mendapati tiga orang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top