Connect with us

Oh! Media

38 Orang Ditahan Di Mumbai Kerana Terlibat Dengan Protes Hina Nabi

Trending

38 Orang Ditahan Di Mumbai Kerana Terlibat Dengan Protes Hina Nabi

Seramai 38 orang diberkas kerajaan India kerana dipercayai melakukan rusuhan di bandar utara serta merancang protes yang dijadual akan diadakan di Mumbai.

ADVERTISEMENT

BACA: Veteran ATM Berhimpun Di Tugu Negara, Penganjur Perhimpunan Akan Dipanggil Polis

Laporan daripada Utusan Malaysia melaporkan, tangkapan yang dibuat di bandar Kanpur itu merupakan sebahagian daripada usaha bagi meredakan ketegangan agama yang berlaku.

Ketegangan agama itu berlaku apabila dua pegawai parti Bharatiya Janata (BJP), menghina Nabi Muhammad SAW melalui kenyataan yang disiarkan ketika siaran debat di televisyen sehingga mencetuskan kemarahan ramai orang termasuk dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, negara-negara Arab seperti Qatar, Arab Saudi, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Pakistan menuntut permohonan maaf dibuat secara rasmi dan memaksa beberapa pegawai tertinggi India untuk menguruskan isu yang membawa kepada krisis diplomatik.

Walaubagaimanapun, Kementerian Luar menjelaskan bahawa hantaran dan komen yang menyinggung perasaan melalui Twitter itu langsung tidak menggambarkan pandangan Kerajaan India.

Menurut jurucakap Kerajaan, Arindam Bagchi, tindakan tegas sudah diambil terhadap individu yang tersebut.

Kami kesal kerana Sekretariat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memilih untuk membuat komen yang mencetuskan salah faham dan kekeliruan.

Untuk info, umat Islam yang mewakili 13 peratus daripada 1.35 bilion penduduk di India seringkali berdepan dengan ancaman Islamofobia.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas