Connect with us

Oh! Media

Wanita Selamba Biarkan Budak Keluarkan Separuh Badan Dari Tingkap Kereta Dan Pangku Lagi Seorang

C55214de 68db 4856 9c4f 569239c1cd72

Trending

Wanita Selamba Biarkan Budak Keluarkan Separuh Badan Dari Tingkap Kereta Dan Pangku Lagi Seorang

Seorang wanita selamba membiarkan seorang kanak-kanak yang mungkin anaknya keluarkan separuh badan di tingkap penumpang mendapat kecaman orang ramai.

BACA : Remaja Tunggang Motosikal Parah Digilis Treler

Menurut laporan Kosmo, kejadian itu dapat dilihat dalam satu video yang dikongsikan seorang pengguna di Tiktok. Bukan tu jer, wanita berkenaan juga kelihatan sedang memangku seorang lagi kanak-kanak ketika memandu. Pergh! Bahaya tu..

IKLAN
@mamalinwaklanwood nak komen, komen yang murni2 utk muhasabah diri kita je ye #lebuhrayautaraselatan #pemandu ♬ Penat – Andi Bernadee

Kalau korang lihat di ruangan komen pula, ramai yang mengkritik perbuatan wanita tersebut. 

Belum belajar dan tidak ada pengetahuan utamakan keselamatan dan bahaya yang bakal menimpa. Kecuaian dan kelalaian akan membawa padah kepada anak.

Apa juga situasi seorang ibu, penat ke, stress ke. Keselamatan anak-anak sepatutnya diutamakan. Semoga Allah permudahkan urusan Puan ni.

Ibubapa pasti nakkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Mungkin wanita tu ingat ni perkara biasa, tapi sebenarnya boleh mengundang perkara yang tidak diingini. 

Sayangilah nyawa, berapa banyak duit pun yang korang ada takkan boleh beli satu nyawa yang dah tiada. Beringatlah!

Kredit: Kosmo | Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas