Connect with us

Oh! Media

Rasmi Dilancar, Flex Tahap Tinggi Dengan Samsung Galaxy Z Flip5 &  Z Fold5

Oh! Tech

Rasmi Dilancar, Flex Tahap Tinggi Dengan Samsung Galaxy Z Flip5 &  Z Fold5

Samsung Electronics Co., Ltd. secara rasmi melancarkan peranti boleh-lipat generasi kelima: Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5. Bagi siri Z kali ini, Samsung membawakan ciri Flex Hinge terbaru yang bukan saja memberikan pengalaman boleh-lipat yang hampir sempurna, malah ia juga menawarkan reka bentuk yang seimbang dan kukuh dari segi estetik. 

ADVERTISEMENT

Lebih-lebih lagi, peranti boleh lipat ini diupayakan dengan kamera yang luar biasa seperti ciri FlexCam yang membantu pengguna merakam gambar penuh gaya.

Daripada penciptaan kandungan menerusi ciri Flex Window baru Galaxy Z Flip5 kepada kebolehan berbilang tugas yang lancar pada Galaxy Z Fold5, siri peranti boleh lipat Galaxy ini ternyata jauh melangkaui batasan keperluan pengguna masa kini.

Kedua-dua Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 juga telah direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi keperluan daya tahan. 

Skrin utama peranti dilengkapi dengan lapisan penyebar kejutan (shock absorber layer) manakala bahagian belakang telah direka bentuk semula menjadi lebih kukuh. 

Ia juga mempunyai sokongan IPX8, bingkai Aluminium Armor dan Corning® Gorilla® Glass Victus®2 juga hadir pada Flex Window dan penutup belakang, Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 bagi memberikan perlindungan maksimum, di samping dipertingkatkan lagi dengan Flex Hinge. 

Modul engsel bersepadu baru ini menampilkan struktur dwi-rel yang cukup tahan kepada kesan hentakan.

Galaxy Z Flip5: Cermin ekspresi diri terunggul, bersaiz cilik & mesra poket

Galaxy Z Flip5 menawarkan pengalaman boleh lipat yang bergaya dan unik dalam peranti bersaiz cilik, yang khusus dicipta untuk mencerminkan ekspresi diri.

Ciri Flex Window baru bersaiz 3.78 kali lebih besar daripada generasi sebelumnya menawarkan pelbagai keupayaan. Paparan cover screen adalah 3.4 inci, Super OMELAD dengan tatalan 60Hz.

Ia menyediakan lebih banyak pilihan penyesuaian peribadi, termasuk jam grafik bermaklumat yang boleh dipadankan dengan reka bentuk muka dan bingkai siri jam tangan Galaxy Watch. 

Ketika ditutup, Galaxy Z Flip5 menawarkan lebih banyak kebolehgunaan berbanding sebelum ini. Dari Flex Window, pengguna berupaya mengakses maklumat berguna dengan cepat dan mudah. 

Menerusi ciri Widgets, pengguna boleh menyemak keadaan cuaca, mengawal putaran muzik dan menghayati muzik kegemaran mereka dengan Media Controller, ataupun mengikuti keadaan pasang surut pasaran saham global terkini melalui widget Google Finance. 

Kesemua Widget boleh diakses secara sepintas lalu dan dipilih dengan serta-merta dengan gerak isyarat sentuhan pada skrin untuk mengaktifkan Paparan Multi Widget

Tanpa membuka peranti, pengguna juga boleh semak imbas sejarah panggilan untuk membalas panggilan yang terlepas dan balas teks semasa dengan serta-merta menggunakan ciri Quick Reply dengan papan kekunci QWERTY lengkap dan keterlihatan sejarah sembang.

Dengan hanya leretan jari pada skrin, pengguna boleh mengakses Samsung Wallet untuk membuat bayaran dengan mudah, mengakses kod QR dan kupon, serta pas masuk, kad keahlian, kunci digital dan pas kesihatan.

Galaxy Z Flip5 juga menawarkan pengalaman kamera serba boleh pada telefon pintar Samsung Galaxy. Rakam swafoto berkualiti tinggi dengan kamera belakang berkat Flex Window yang lebih besar. 

Kamera  hadapan bagi Galaxy Z Flip5 ialah 10MP dengan kamera uta,a 12MP Ultra Wide Camera serta 12MP Wide-angle Camera.

Pengguna juga boleh menangkap gambar bebas tangan dari pelbagai perspektif kreatif menggunakan FlexCam. Pengguna juga boleh melihat dan mengedit tangkapan dengan pantas dan mudah dalam Flex Mode

Ciri Super Steady pula dapat membantu menstabilkan kamera, manakala ciri Auto Framing memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.

Galaxy Z Flip5 juga mengemaskini ciri AI bagi rakaman gambar yang lebih jelas. Keupayaan Nightography turut dipertingkatkan dengan mengoptimumkan foto dan video dalam keadaan pencahayaan ambien, walaupun berada dalam keadaan cahaya malap. 

Algoritma pemprosesan isyarat imej (ISP) berkuasa AI membetulkan sebarang hingar visual yang biasanya merosakkan imej cahaya malap sambil meningkatkan butiran dan ton warna. Foto juga lebih jelas walaupun dirakam dari jarak yang jauh dengan zum digital 10X.

Dari segi bateri pula, Galaxy Z Flip dikuasakan dengan bateri 3,700mAh menyokong mengecasan nirwayar.

Galaxy Z Fold5: Kuasa produktiviti cemerlang dengan skrin besar

Galaxy Z Fold5 menawarkan paparan yang mengasyikkan menerusi skrin bersaiz besar, bateri tahan lasak, dan menyampaikan prestasi paling berkuasa dalam siri Galaxy Z dalam reka bentuk yang paling nipis dan ringan dalam siri peranti Fold.

Galaxy Z Fold telah menerajui perkembangan produktiviti harian melalui pengalaman skrin besar yang teguh, menganjak daripada ciri Multi Window  dan App Continuity kepada pelbagai ciri termasuk Taskbar, seret dan lepas dan pengoptimuman aplikasi pihak ketiga. 

S Pen Fold Edition yang diperkenalkan pada generasi ketiga Fold pada 2021, juga telah diperhalusi untuk memberi pengalaman menulis yang unggul pada Galaxy Z Fold5. Ciri dan alatan ini disatukan untuk menyampaikan prestasi produktiviti yang berkuasa pada skrin besar yang membolehkan pengguna menyelesaikan tugas penting dari mana-mana sahaja.

Ciri Taskbar yang dipertingkatkan membolehkan aktiviti produktiviti secara dinamik dengan membenarkan penggunaan pelbagai aplikasi yang kerap digunakan secara bergilir dengan pantas dan lancar. 

Kini, kerja boleh dilengkapkan dengan lebih cekap sekali dengan penggunaan sehingga empat aplikasi dengan serentak. 

Gerak isyarat sentuhan yang termaju iaitu two handed drag and drop juga boleh meningkatkan produktiviti dengan kebolehan mengalih kandungan antara aplikasi dan skrin dengan hanya satu sentuhan diperlukan untuk menahan imej dalam Galeri Samsung dan sementara aplikasi Samsung Notes dibuka dengan jari yang lain. 

Kemudian, imej tersebut boleh diseret dari satu aplikasi ke aplikasi yang seterusnya. Dengan ciri hidden pop-up, suatu aplikasi boleh terus berfungsi dengan diam di latar belakang, misalnya dengan membenarkan pengguna untuk menonton kandungan video dalam skrin penuh di samping bersembang dengan rakan dalam tetingkap timbul yang terapung di sisi skrin.

S Pen Fold Edition  baharu yang lebih langsing dan padat memudahkan pencatatan nota dan pencetusan idea dengan keselesaan yang dibawa oleh bentuknya yang mesra poket. 

Sarung Slim S Pen Case yang setebal sarung Fold biasa juga tersedia dalam pelbagai gaya dan warna, menawarkan pengguna kemudahan membawa S Pen mereka dengan penuh bergaya.

Skrin Utama 7.6 inci pula menjamin tontonan tanpa gangguan pada paparan yang cukup luas, supaya pengguna boleh menikmati kandungan kegemaran mereka sama ada dalam dalam keadaan potret atau landskap. 

Selain itu, kecerahannya juga telah ditingkatkan kepada lebih daripada 30%, sehingga 1750 nits, untuk pengalaman tontonan yang optimum di luar walaupun di bawah silau cahaya matahari yang terang.

Nikmati pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan pada skrin telefon pintar Galaxy terbesar dengan pemproses Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy yang meningkatkan kualiti grafik dan menggunakan AI untuk mendayakan permainan dinamik dan fungsi berbilang permainan. 

Ia dikuasakan dengan bateri 4,400mAh serta menyokong pengecasan nirwayar.

Kesemua inovasi ini juga telah direka bentuk untuk mengoptimumkan jangka hayat penggunaan.

Setiap peranti dipanjangkan kitaran hayat dengan kemas kini keselamatan selama lima tahun dan peningkatan OS sehingga ke empat generasi.

Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 akan tersedia seluruh negara bermula 18 Ogos 2023.

ModelRRPWarna
Galaxy Z Fold5256GBRM 6,799Icy Blue, Phantom Black, Cream
Warna eksklusif dalam talian: Gray, Blue
Galaxy Z Fold5512GBRM 7,299
Galaxy Z Fold51TBRM 8,299
Galaxy Z Flip5256GBRM 4,499Mint, Lavender, Cream, GraphiteWarna eksklusif dalam talian: Gray, Blue, Green, Yellow
Galaxy Z Flip5512GBRM 4,999

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-pesanan, layari: www.samsung.com/my/offer/flip5-fold5 

Pra-pesan sekarang:

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold5/buy/ atau https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/ 

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas