Connect with us

Oh! Media

NFC Flipsuit Case- Trendsetter Untuk Pengguna Samsung Galaxy Flip5

Oh! Tech

NFC Flipsuit Case- Trendsetter Untuk Pengguna Samsung Galaxy Flip5

Telefon pintar dengan binaan NFC kita dah biasa dengar, tapi casing dengan NFC? Sounds cool right?

ADVERTISEMENT

Di pasaran sebenarnya casing with NFC ni dah lama ada, walau bagaimanapun ia bukan untuk model telefon pintar Android.

Samsung

Semasa pengenalan Galaxy Flip5, Samsung turut memperkenalkan beberapa aksesori dan yang paling menarik perhatian kami semestinya NFC Flipsuit Case.

Apa yang menarik dengan dengan NFC Flipsuit Case?

Samsung

Pengguna telefon Flip rasanya semua tahu bagaimana ‘rare’ casing telefon ni. Tapi untuk Flip5 kami boleh katakan ini merupakan satu pengalaman baru yang menyeronokkan kalau korang menggunakan NFC Flipsuit Case.

Casing ni korang kena gunakan dengan kad NFC (yang telah diprogramkan). Ada pelbagai jenis pattern yang ada di pasaran sekarang, untuk yang official semasa pelancaran Samsung baru-baru ni ada 2 warna iaitu hijau dan lavendar.

Macam mana kad NFC ni berfungsi:

Kad NFC yang boleh diganti akan menghantar data ke Flip5 dan membolehkan reka bentuk yang sepadan pada skrin penutup 3.4 inci atau Flex Window. 

@nmz2505 BTS NFC suitcase for Galaxy Flip5. #bts #flip5 #nfcsuitcase #btssamsung #btsnfcfsuitcase #galaxy #samsunggalaxyzflip ♬ Top or Cliff – KIM SEJEONG

Jadi, kalau korang letak kad NFC bertemakan BTS di belakang penutup belakang Flipsuit Case, korang akan dapat reka bentuk yang sepadan untuk Flex Window, lengkap dengan animasi yang kemas.

Cara pasang NFC Flipsuit Case: 

Langkah 1: Letak kad NFC pada bahagian ‘body’ Flip5

Langkah 2: Sarungkan dengan casing flipsuit

Langkah 3: Pastikan Flip5 dalam keadaan lipat & telefon mempunyai pautan internet

Langkah 4: Buka lipatan dan korang boleh lihat skrin korang berubah mengikut kad NFC yang digunakan

Inilah salah satu sebab mengapa kami katakan Flip5 merupakan telefon pintar yang menyeronokkan, kerana korang boleh bereksperimentasi dengan pelbagai gaya.

Galaxy Flip5 Bukan Sekadar Telefon Lipat

Pada yang masih teragak-agak, ini merupakan wake-up call untuk korang untuk memiliki sendiri Samsung Galaxy Flip5. 

Untuk pengetahuan, jelajah FlipTown kini di Melaka.Kalau berminat, korang bolehlah datang singgah. Pada mereka yang memiliki Flip5 jangan lupa dapatkan kad NFC ahli BTS secara PERCUMA*.

Samsung Flip5 menawarkan 2 pilihan storan pada harga tertera:

  • Galaxy Z Flip 5 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,499
  • Galaxy Z Flip 5 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,999

Info lanjut layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas