Connect with us

Oh! Media

Galaxy Flip5 Punya Target Market Tersendiri. Petaruh Flex Window & Design Lebih Kukuh

Oh! Lifestyle

Galaxy Flip5 Punya Target Market Tersendiri. Petaruh Flex Window & Design Lebih Kukuh

Ramai yang bertanya berbaloi ke untuk beralih ke telefon pintar boleh lipat atau secara spesifiknya siri Galaxy Z?

ADVERTISEMENT

Pada pendapat kami ini semua bergantung kepada preference masing-masing. Sejak Samsung memperkenalkan teknologi ini ke pasaran kira-kira 3 tahun yang lalu, rata-rata jenama Android mula mematenkan teknologi telefon pintar boleh lipat mereka yang tersendiri.

Kini memasuki siri ke-5, Galaxy Z hampir menemui ‘kesempurnaan’ dalam menaik taraf teknologi peranti boleh lipat mereka.

Kalau sebelum ni kami dah unboxing Galaxy Z Flip5. Dalam artikel kali ini kami nak kongsikan upgrade terbaru untuk telefon pintar ni.

Cover Screen Kini Menjadi Flex Window

Sejak siri ketiga, Galaxy Z Flip telah mempunyai skrin hadapan yang boleh disentuh tapi mempunyai penggunaan yang terhad selain skrin yang kecil. 

Memasuki siri Flip5, Samsung nampaknya melakukan update yang ketara apabila cover skrin telah mendapat upgrade sehingga 3.78 kali ganda lebih besar (berbanding sebelum ini) kepada saiz 3.4 inci dan dikenali sebagai Flex Window. 

Selama beberapa minggu diberikan kesempatan menggunakan Flip5 ni, penulis agak berpuas hati dengan upgrade yang dilakukan. 

Penulis sebelum ini merupakan pengguna Flip3 tetapi skip Flip4 kerana tidak melihat sebarang update ketara yang diberikan kepada model itu.

Berbalik kepada Flip5, kekuatan utamanya semestinya Flex Window yang lebih besar. Kami yakin mesti ramai yang akan cakap kenapa nak susah-susah tengok skrin kecil, gunalah phone biasa. 

Tapi seperti yang kami katakan ni semua bergantung kepada individu dan kami pasti Flip5 ni mempunyai target marketnya yang tersendiri. 

Pertama sekali, apa yang kami paling suka semestinya lebih banyak widget yang boleh diakses menggunakan Flex Window. Nak balas mesej melalui aplikasi chat atau Gmail tak perlu lagi nak buka lipatan telefon sebaliknya boleh terus ditulis pada skrin.

Selain tu, penulis juga menikmati pengalaman menonton Netflix dan YouTube dari Flex Window. Terasa cool pula bila menaip atau memasak sambil ditemani Flip5, tak perlu susah nak cari penyandar sebab telefon ini pun boleh lipat kan.

Sebenarnya ada banyak je aplikasi Android yang korang boleh akses melalui Flex Window tapi sebelum tu korang kenalah download Good Lock. Apps ni korang tak boleh download di Google Play (sebab memang tiada) sebaliknya korang perlu memuat turunnya di Galaxy Store App > Good Lock App.

Dalam Good Lock App ni pula ada banyak aplikasi yang korang boleh explore dan paling penting ia disokong oleh peranti yang korang gunakan.

Lipatan tertutup penuh

Untuk design kali ni, penulis boleh katakan yang Flip5 ni lebih sleek. Kalau korang perasan bagi Galaxy Flip3 & Flip4 jarak lipatannya masih jelas kelihatan. Tapi tidak bagi Flip5, di mana korang akan mendapat lipatan penuh bila telefon ditutup.

Samsung mengatakan yang mereka telah menggunakan engsel 2 rail bagi menaiktaraf teknologi lipatan mereka menjadi lebih fleksibel dan tahan hentakan. Jadi memang terasa lagi selamat nak buka katup telefon. Tak risau pun kalau masa lipat phone tu ‘terhempas’ kuat.

Satu lagi kelebihan Flip5 berbanding telefon lipat lain di pasaran ialah mereka masih mengekalkan ciri IPX8 (rintangan air dan debu) dan menggunakan Gorilla Glass Victus 2 di bahagian hadapan dan belakang Flip5.

Kamera masih sama? Tapi ini Samsung, sentiasa upgrade!

0.5
1.0
0.5
1.0

Sejujurnya bila penulis sedikit kecewa kerana tiada sebarang ‘upgrade’ ketara diberikan kepada Flip5, mungkin kerana siri ini lebih menyasarkan telefon pintar yang menyeronokkan dan bukan fotografi expert seperti S23 Ultra.

Flip5 mempunyai 2 kamera 12MP, Kamera utama mempunyai sensor yang lebih besar dengan saiz piksel 1.8µm, apertur f/1.8 dan penstabilan imej optikal. Manakala kamera ultra-lebar mempunyai piksel 1.22µm dan apertur f/2.2.

Algoritma AI Samsung juga nampaknya sudah semakin improve, kerana ciri perincian yang dihasilkan melalui gambar nampak lebih jelas dan warnanya juga menyerupai warna objek sebenar.

Untuk hasil gambar dan video yang diambil pada waktu malam pula (Night Mode), Samsung telah mempertingkatkan keupayaan AI nya. Hasil gambar dan video menjadi lebih terang dan paling penting ‘noise’ juga tidak ketara.

Kalau siri S boleh zoom sampai 100x untuk Flip5, Samsung telah upgrade ciri zoom digitalnya kepada 10x. Tapi hasilnya terlalu AI generated dan banyak noise. Mungkin maksimum 3x saja.

Satu lagi yang menarik mengenai Flip5 ialah, kini dah ada dual preview di mana bila korang buka kamera, korang boleh rakam foto dan pratonton rakaman pada kedua-dua skrin utama dan Flex Window serentak menggunakan dwi-pratonton.

Bateri Masih Sama 3,700 mAh

Dari segi bateri nampaknya masih tiada peningkatan, walaupun Samsung kata boleh guna sepanjang hari tapi penulis dapat gunakan pada siang hari saja. Mungkin sebab heavy user kot.

Pengecasan pantasnya pula hanya sekadar 25W dan 15W (tanpa wayar) pada kami agak lambat berbanding pesaingnya yang ada di pasaran.

Penggunaan yang terlampau lama pula boleh menyebabkan belakang phone ni panas, jadi pada kami nak main game yang berat tak digalakkan sangat.

Flex Galaxy Flip5 dengan Flex Mode

Tapi apapun, secara total kami amat berpuas hati dengan upgrade Flip5 kali ini. Dari Flex Window dan design, kedua-dua ini memenuhi ekspektasi kami.

Malah ini sebenarnya menjadi pembuka jalan kepada ciri hiburan baru bebas tangan. Korang letak je Flip5 korang dan enjoy apa yang ingin lakukan sama ada ingin menonton Netflix, buat konten TikTok atau sekadar ingin Flex dengan lipatan kukuh Flip5.

Bersama Flip5 kali ini Samsung turut menawarkan pilihan warna ‘nature’ yang menarik iaitu Graphite, Cream, Lavendar dan terbaru Mint, serta casing yang lebih wow, salah satunya ialah NFC casing (review seterusnya).

Samsung Flip5 menawarkan 2 pilihan storan pada harga tertera:

  • Galaxy Z Flip 5 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,499
  • Galaxy Z Flip 5 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,999

Info lanjut layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas