Oh! Geekz
Instagram Perkenal Ciri Perlindungan Baru Penuh Dengan Fungsi Menarik Pada ‘Direct Message’
Pada
Oleh
Instagram telah perkenalkan ciri perlindungan baru yang penuh dengan fungsi menarik pada Direct Message.
Sebelum ini, masalah utama yang ada pada DM adalah pengguna yang tidak diIkuti atau tidak dikenali boleh menghantar mesej ‘spam’ yang tidak diingini.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Instagram telah memberi perlindungan baharu untuk DM yang mengehadkan jumlah dan jenis mesej yang boleh dihantar kepada pengguna yang tidak mengikuti antara satu sama lain.
Aplikasi Instagram telah mengemas kini mesej Direct Message atau DM dengan hanya membolehkan ia dihantar sekali sahaja.

Sekiranya ingin menghantar mesej seterusnya, penerima harus setuju untuk DM pertama yang dihantar. Malah, mesej hanya boleh dihantar adalah terhad kepada teks sahaja.
Bukan itu sahaja, jika pengguna ingin menghantar imej, mesej suara dan lain-lain, penerima perlu bersetuju terlebih dahulu.
Dalam pada itu, ciri-ciri ini boleh menghentikan spam daripada penipu atau bot.
Ciri ni amat berguna tambah lagi bagi pengguna wanita yang selalu dapat kandungan negatif, kata-kata kesat dan sebagainya melalui DM.
BACA: Mark Zuckerberg Nak Tutup, Haramkan Facebook Dan Instagram?
Terdahulu, aplikasi Facebook dan Instagram bakal diharamkan di United Kingdom dan Eropah kerana terdapat pertikaian mengenai undang-undang perlindungan data.
Kredit: amanz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
(Update: Video dirakam menggunakan Samsung A57 bukan dashcam. Wow!) Bila raya je, mesti jam. Asal nak...
Aku dah guna vivo X300 Pro lebih tiga bulan sejak ia dilancarkan. Awalnya aku tidaklah terus...
Bila dengar istilah “AI PC” ni, selalunya yang terbayang ialah benda yang canggih atas kertas tapi...
MCMC arah sekatan Grok di Malaysia lepas didapati hasilkan kandungan lucah dan eksplisit.
Indonesia sekat Grok kerana kandungan deepfake lucah dan ancaman terhadap keselamatan digital awam.