Oh! Artis
Jofliam Tak Lagi Follow Dewi Di Instagram, Netizen Mula Buat Spekulasi
Pasangan influencer Jofliam dan Dewi dikatakan tidak lagi mesra seperti dulu. Netizen mula tertanya-tanya.
Pasangan influencer popular, Jofliam dan isterinya Dewi kini jadi perhatian netizen selepas timbul satu perkara yang cukup mencuri tumpuan. Ini apabila Jofliam dikatakan sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram Dewi.
Macam biasa, netizen memang pantas perasan perubahan macam ni dan terus buat pelbagai spekulasi. Lebih-lebih lagi bila pasangan ni sebelum ni memang dikenali sebagai pasangan ‘sweet couple’ yang selalu kongsi momen mesra di media sosial.
Dewi ‘hilang’ dari Instagram Story Jofliam?
Apa yang buat netizen makin tertanya-tanya, Dewi juga dah jarang muncul dalam Instagram Story Jofliam sejak kebelakangan ni. Kalau dulu, boleh kata hari-hari ada update pasangan ni bersama, sekarang macam senyap terus.
Dulu hari-hari nampak Dewi dekat story, sekarang macam hilang terus.- Tulis netizen.
Korang bayangkan, daripada selalu nampak senyum mesra dan gelak ketawa mereka, tiba-tiba hilang macam tu je. Memang mengundang tanda tanya la kan?
Tiada kenyataan rasmi, tapi netizen dah mula risau…
Setakat ni, Jofliam dan Dewi masih belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang isu ni. Tapi di ruangan komen, ramai peminat mula meluahkan rasa risau dan tertanya-tanya sama ada semuanya masih okay antara mereka.
Ada yang cuba positif dan anggap mungkin mereka cuma nak berehat dari media sosial buat sementara. Tapi tak kurang juga yang rasa ada ‘sesuatu’ sedang berlaku.
Pssttt! Ohmedia faham, bila pasangan public figure tiba-tiba menyepi atau ubah tingkah laku, memang akan jadi bahan bualan. Tapi korang pun kenalah faham, tak semua perkara perlu dikongsi secara terbuka. Kadang-kadang, orang perlukan ruang untuk diri sendiri. Jadi, selagi belum ada pengesahan daripada mereka, janganlah buat spekulasi berlebihan. Kita doakan yang baik-baik je, okay?
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM