Connect with us

Oh! Media

Sulaiman Md Ali Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Jam 12.58 Tengah Malam Tadi?

sulaiman md ali

Oh! Negara

Sulaiman Md Ali Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Jam 12.58 Tengah Malam Tadi?

Dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, Sulaiman Md Ali telah berjaya mengangkat sumpah jam 12.58 tengah malam tadi di Pejabat Yang Dipertua Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: SPR Sahkan Barisan Nasional Menang Majoriti PRN Melaka!

Menerusi laporan Utusan, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Perdana Menteri turut hadir

sulaiman md ali

Barisan Nasional telah berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar 21 kerusi. Sebelum ini, Sulaiman menjadi calon Ketua Menteri BN jika menang dalam PRN Melaka. Apabila sudah menang, beliau terus dilantik menjadi Ketua Menteri pada malam tadi.

Acara angkat sumpah ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bagus betul, dah dekat satu pagi pun masih menjalankan majlis angkat sumpah ini. Semoga Sulaiman Md Ali dapat menjalankan tugasnya sebagai Ketua Menteri dengan baik dan penuh integriti.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas