Oh! Negara
SPR Sahkan Barisan Nasional Menang Majoriti PRN Melaka!
Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini kan?
BACA: Adly Zahari Selesai Mengundi, Harap Rakyat Di Melaka Jalankan Tanggungjawab Mengundi
Menerusi laporan Utusan, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka bakal mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri Melaka ke-13 pada Ahad, esok, sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri.
Barisan Nasional menguasai 21 kerusi

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Melaka, pada jam 1 petang esok, di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Menurut keputusan rasmi, BN telah menang besar dengan mendahului 21 kerusi, Pakatan Harapan 5 kerusi dan Perikatan Nasional 2 kerusi. BN telah memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Tahniah diucapkan buat Barisan Nasional. Semoga pemimpin yang berjaya diangkat sebagai ketua menteri menjalankan tugas dengan jujur dan laksanakan tanggungjawab ke atas kebajikan rakyat.
Kredit: Utusan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM