Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Tak Tolak Kemungkinan Pegang Portfolio Menteri Kewangan

perdana menteri

Oh! Negara

Perdana Menteri Tak Tolak Kemungkinan Pegang Portfolio Menteri Kewangan

Bagi mengecilkan saiz Kabinet, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk memegang dua jawatan dalam pentadbirannya yang berkemungkinan turut bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, perkara itu belum diputuskan dan akan meneliti sebaiknya.

Kami akan meneliti semua kemungkinan. Bagaimanapun, setakat ini saya belum mempertimbangkannya.

PM Anwar yang ditanya selepas solat Jumaat di Masjid Putra sebentar tadi turut memaklumkan dia agak sibuk dengan bermacam urusan ketika ini dan dibebani pelbagai isu yang perlu diselesaikan.

Sebelum ini, Anwar pada sidang media pertamanya semalam mengesahkan akan mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri yang bakal diisi  wakil daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas