Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Bakal Terima Duit Raya RM500 Jumaat Ini

Trending

Penjawat Awam Bakal Terima Duit Raya RM500 Jumaat Ini

Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi dan pengumuman bantuan kerajaan bagi penjawat awam sangat ditunggu-tunggu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 akan dikreditkan pada Jumaat ini kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah.

ADVERTISEMENT

BACA: Anwar Ibrahim Bakal Umum Satu Lagi Berita Baik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Menurut laporan Berita Harian, ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerajaan bersetuju beri BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan yang berpencen atau tidak berpencen dan juga pekerja lantikan kontrak.

Datuk Seri Anwar berkata dia sudah memaklumkan pemberian BKK kepada Penbendaharaan supaya dapat disalurkan mulai 5 April 2024.

Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024.

Terdahulu, Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat gesa kerajaan untuk beri bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada semua penjawat awam serta pesara bagi mengekalkan tradisi yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.

Menurut Datuk Adnan Mat, pemberian bantuan ini akan beri manfaat kepada penjawat awam dan juga melegakan kelompok peniaga.

Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang purchasing power.

Sekurang-kurangnya dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam (terima manfaat), tetapi untuk peniaga di bazar Aidilfitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.

Dia juga berkata jika penjawat awam tiada kelebihan, maka mereka tidak mampu membeli dan mengwujudkan pusingan ekonomi kepada peniaga.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas