Connect with us

Oh! Media

Muhyiddin Yaasin Didakwa Hari Ini Berhubung Projek Jana Wibawa

Muhyiddin didakwa berhubung projek Jana Wibawa

Oh! Negara

Muhyiddin Yaasin Didakwa Hari Ini Berhubung Projek Jana Wibawa

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin akan didakwa berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan hari ini di Mahkamah Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Untuk info, Presiden Bersatu telah telah ditahan semalam selepas hadir rakaman percakapan untuk proses siasatan akhir dan perkara ini disahkan SPRM.

Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu dibebaskan pada malam semalam dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan akaun Muhyiddin bersama beberapa individu lain telahpun dibekukan SPRM.

Kalau nak tahu perkembangan lanjut, sama-samalah kita tunggu kejap lagi ya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas