Oh! Negara
Exco Terengganu Dikecam Tuang Air Oren Atas Pinggan, Didakwa Cuba Perlekeh Menu Rahmah
Pada
Oleh
Exco Terengganu, Haji Hanafiah Mat menimbulkan kontroversi apabila didakwa cuba memperlekehkan menu rahmah dengan mencurahkan air minuman ke dalam pinggan.
Dalam video tular di media sosial, beliau dipercayai bertindak demikian kerana menu ikan goreng dan sayur goreng dikatakan terlalu kering. Beliau menjadikan air oren itu seperti kuah untuk tambah selera.
YB Hanafiah Mat, Exco Terengganu, dia cuba nak perlekeh Menu Rahmah tapi sebenarnya telah menghina rezeki daripada Tuhan… pic.twitter.com/4VQukceKil
— Shahbudin Husin (@budinwmaju) March 3, 2023
Benda yang tak kena di tekak kita, mungkin sebesar-besar rahmat dan rezeki di tekak orang lain terutamanya bagi yang tidak mampu. Semoga diberi sehebat-hebat petunjuk buat mereka-mereka yang telah lupa. https://t.co/ExQ2vbwoyO
— Injang (@Injang_Nation) March 3, 2023
Melihat kepada respon orang awam, rata-rata mengecam tindakan tak sensitif tersebut. Kata netizen, lauk ikan dan sayur sebenarnya sudah cukup untuk orang yang kurang berkemampuan.
Malah, ada orang miskin yang hanya berlapikkan air suam dan biskut kerana tak ada makanan. Ada netizen berkata, tindakan itu seolah-olah menghina makanan dan rezeki daripada Allah SWT.


Difahamkan video tersebut telah pun dipadam namun tular di media sosial selepas dimuat naik semula pengguna yang lain. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan Yb.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal menyekat kemasukan rakyat Israel dan mempertahankan hak negara menentukan dasar sendiri.
Network School diarah tutup di Malaysia sebelum Balaji Srinivasan mengumumkan projek itu dipindahkan ke Kazakhstan.
Iran akui kini berperang secara penuh dengan Amerika Syarikat ketika konflik Timur Tengah terus memuncak dan...
Tunku Azizah pelawa masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot berpindah ke tanah milik baginda di Kuala...
Ahli Kongres AS, Greg Landsman dakwa Malaysia memulakan “pembersihan Yahudi” susulan pendirian terhadap warga Israel.