Connect with us

Oh! Media

“Saya Hanya Buat Demonstrasi” – Abang Tak Mengaku Amang Seksual Adik Kandung

amang seksual

Oh! Tidak

“Saya Hanya Buat Demonstrasi” – Abang Tak Mengaku Amang Seksual Adik Kandung

Seorang penganggur didakwa melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya pada 6 dan 8 April lalu di Mahkamah sesyen.

ADVERTISEMENT

Tertuduh didakwa melihat visual aktiviti bersifat seksual bersama adik perempuannya yang berusia 17 tahun lima bulan dalam pertuduhan pertama.

Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual secara fizikal dengan memegang tangan mangsa.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mendakwa dia hanya melakukan demonstrasi kepada mangsa dan merayu untuk diberikan jaminan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sebutan semula kes pada 6 Mei depan.

Bagi pertuduhan pertama, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua pula, boleh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan hukuman sebat boleh dikenakan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas