Connect with us

Oh! Media

Krisis Ekonomi? Menteri Sabah Terima Kenaikan Gaji

Oh! Negara

Krisis Ekonomi? Menteri Sabah Terima Kenaikan Gaji

Seperti yang kita tahu, negara kita ketika ini sedang menghadapi masalah krisis ekonomi yang menunjukkan berlakunya peningkatan harga barang yang mendadak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Cadangan Potong Gaji Menteri Tak Bantu Selesaikan Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat” – Datuk Seri Mahdzir Khalid

Sungguhpun begitu, ia tidak menghalang barisan menteri di Sabah untuk menerima kenaikan gaji.

Ketua Menteri Sabah terima kenaikan gaji hingga RM33,033

Memetik laporan Berita Harian, kenaikan gaji melibatkan pendapatan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri diluluskan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ia selepas usul dicadangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 diluluskan dengan suara terbanyak.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri memaklumkan bahawa peruntukan baharu sebanyak RM5.6 juta setahun itu dilihat tidak terlalu berat terhadap implikasi kewangan kerajaan negeri.

Tambahnya lagi, beban yang ditanggung wakil rakyat serta anggota pentadbiran kerajaan dapat diringankan dengan kenaikan gaji itu dalam usaha memberi bantuan kepada rakyat.

Kita faham rakyat akan bercakap kenapa (naikkan saraan) dalam keadaan sekarang masanya tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat dan anggota kerajaan beri khidmat lebih baik untuk rakyat, kerajaan punya dasar baik supaya taraf hidup rakyat ditingkatkan.

Untuk info, gaji Ketua Menteri yang sebelum ini bernilai RM23,595 sebulan akan dinaikkan kepada RM33,033, Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50), Menteri RM16,335 (RM22,869), Speaker DUN RM16,335 (RM22,869), Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787), Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787), ADUN RM7,950 (RM11,130), manakal Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas