Connect with us

Oh! Media

“Cadangan Potong Gaji Menteri Tak Bantu Selesaikan Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat” – Datuk Seri Mahdzir Khalid

Oh! Politik

“Cadangan Potong Gaji Menteri Tak Bantu Selesaikan Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat” – Datuk Seri Mahdzir Khalid

Beberapa hari yang lalu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mencadangkan agar gaji Menteri Kabinet dipotong sebanyak 20 peratus.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rakyat Perlu Ubah Perangai, Kena Berjimat Cermat” – Harga Barang Dijangka Naik 30 Peratus

Namun, cadangan ‘Iron Lady’ Malaysia itu dilihat tidak akan menyelesaikan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Perlukan cadangan dan alternatif yang lebih efisien

Suara Merdeka melaporkan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpendapat bahawa isu membabitkan peningkatan kos sara hidup rakyat memerlukan cadangan dan alternatif yang lebih efisien.

Perkataan potong gaji ini seolah-olah berada dalam Dewan Rakyat, ia selalu diusulkan oleh pembangkang, bagi saya cadangan beliau bukan jalan penyelesaian untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kita tidak tahu apa maksud sebenar Rafidah mengenai potong gaji itu, adakah beliau benar-benar maksudkan atau hanya perli, beliau orang lama sepatutnya boleh beri idea yang lebih baik.

Mahdzir turut menjelaskan bahawa kerajaan ketika ini sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat bagi menghadapi masalah kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini.

Sekarang ini ada pelbagai usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan dalam Kabinet khususnya bagi menteri-menteri yang terbabit secara langsung dengan ekonomi dan harga barang seperti kementerian kewangan, ekonomi, perdagangan, pertanian dan kerja raya.

Mereka ini akan duduk mesyuarat seminggu dua kali bagi membincangkan hal yang berbangkit dan memberi jalan penyelesaian seperti yang diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam tidak akan diapungkan. Sehingga kini pun kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM2.05 seliter. Ini adalah antara langkah dan keputusan yang diambil kerajaan agar tidak membebankan rakyat.

Mahdzir turut berpendapat bahawa sebagai bekas menteri, Rafidah perlu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengetengahkan idea beliau dan memberikan idea yang lebih baik.

Untuk info, Rafidah mencadangkan agar pemotongan gaji menteri dilakukan bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat COVID-19 dan krisis Russia-Ukraine pada Jumaat yang lalu.

Kredit: Suara Merdeka

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas