Connect with us

Oh! Media

Ibu Mertua Mira Filzah Sahkan Tiada Keluarga Tak Makan 2 Hari Di K.Kangsar

Oh! Negara

Ibu Mertua Mira Filzah Sahkan Tiada Keluarga Tak Makan 2 Hari Di K.Kangsar

Baru-baru ini tersebar di media sosial rakaman seorang pemanggil ke Suria FM yang berkongsi keadaan sebuah keluarga yang kini berada dalam keadaan susah.

ADVERTISEMENT

Pemanggil itu mendakwa dia telah pergi menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan dan mendapati anak-anak sudah terbaring tidak bermaya kerana sudah dua hari tidak makan.

Mendapat pelbagai reaksi dari netizen telah menarik perhatian ibu mertua kepada Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang merupakan ahli parlimen Kuala Kangsar dan ini kerana lokasi keluarga susah terbabit berada di kawasan beliau.

Datuk Mastura nafi keluarga terbabit tiada bekalan makanan

Datuk Mastura melalui Instagram miliknya telah berkongsi penjelasan dari Pejabat Parlimen Kuala Kangsar apabila mereka telah berjaya menemui sendiri keluarga berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikongsikan, keluarga terbabit menafikan mereka berada dalam keadaan susah dan telah menerima bantuan. Keluiarga itu turut mengakui tidak pernah terputus bekalan makanan.

Keluarga terbabit juga tidak tahu menahu tentang cerita yang disampaikan di radio Suria FM.

Kredit: Instagram Mastura Yazid

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas