Connect with us

Oh! Media

Tyzo Xander Bakal Bersiaran Di Stesen Radio Baru Bermula Mac Ini

Tyzo Xander

Oh! Tidak

Tyzo Xander Bakal Bersiaran Di Stesen Radio Baru Bermula Mac Ini

Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander mengumumkan berita baik dimana dirinya akan jadi penyampai radio pada bulan Mac ini. Wah! Stesen radio mana tu?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Xtra, Tyzo juga bersyukur kerana terdapat banyak tawaran-tawaran yang dia dapat sekaligus membuktikan dirinya masih diterima dalam industri itu.

Saya masih belum ada kata putus kerana saya ingin adakan perbincangan lanjut disebabkan kontrak saya bersama Suria akan rasmi tamat pada bulan Mac.   

InsyaAllah dalam bulan Mac, nanti saya akan pastikan suara saya kembali berkumandang di corong radio di salah sebuah stesen di Malaysia.

Tyzo juga berkata yang kini dia berasa tenang dan bebas selepas sebulan meninggalkan Suria FM. 

Bukan tu jer, walaupun tidak dapat bersiaran di konti, ramai peminat yang tetap menyokongnya di Tiktok.

Saya rasa sangat tenang sekarang ini kerana saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Saya rasa bebas, seronok sebab hampir 20 tahun saya bekerja di bawah orang.

Wah! Agak-agak stesen radio mana yang Tyzo Xander bakal bekerja? Apapun, semoga segala urusan dipermudahkan.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas