Connect with us

Oh! Media

Festival Mingguan Muda-Mudi Depan Masjid Cetuskan Kemarahan, MB Kedah Ambil Tindakan Drastik

festival mingguan muda-mudi

Oh! Negara

Festival Mingguan Muda-Mudi Depan Masjid Cetuskan Kemarahan, MB Kedah Ambil Tindakan Drastik

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan pengunjung di Festival Mingguan Muda-Mudi, di Balai Seni Alor Setar, Kedah dalam keadaan tidak terkawal. Ini apabila anak muda dilihat terkinja-kinja dan terlalu ghairah berjoget ketika konsert sedang berlangsung.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Pengunjung Terkinja-Kinja Layan Lagu, Konsert Depan Masjid Zahir Cemar Nama Baik Kedah

Apa yang membuatkan rakyat Malaysia tak senang, terutama mereka yang beragama Islam adalah bila konsert itu berlangsung tidak jauh dari Masjid Zahir.

Tidak berdiam diri, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor melihat apa yang berlaku ini adalah sebagai satu pengajaran yang akan menjadi penanda aras bagi penganjuran sebarang aktiviti di Kedah pada masa depan.

Tidak akan benarkan lagi segala bentuk aktiviti yang merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan

Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti larian, berbasikal, pertandingan mencari harta karun, memancing dan lain-lain yang selari dengan undang-undang, garis program terbuka dan sesuai dengan tata susila masyarakat tempatan adalah digalakkan.

Semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatan kuasa berkaitan pelesenan hiburan dimaklumkan mengenai hal ini dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta.

Penganjuran festival tiada lesen?

Memetik laporan Utusan yang menghubungi Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan lesen kepada penganjur festival berkenaan untuk adakan konsert di kawasan berkenaan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas