Connect with us

Oh! Media

Sanusi Tak Setuju Hadkan Dua Penggal, Kalau PM Bagus Biar Sampai 10 Kali

Ohmedia sanusi anwar ibrahim

Oh! Negara

Sanusi Tak Setuju Hadkan Dua Penggal, Kalau PM Bagus Biar Sampai 10 Kali

Sanusi kata tak perlu hadkan dua penggal jika prestasi PM bagus, malah boleh sampai 10 penggal.

Bila cakap pasal had tempoh jawatan Perdana Menteri, macam-macam pendapat keluar. Tapi kali ni, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada pandangan yang agak berbeza sikit dari cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, akan ada Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan untuk hadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal penuh atau maksimum 10 tahun. Tapi bagi Sanusi, isu sebenar bukan pasal tempoh masa tu, tapi lebih kepada prestasi pemimpin tu sendiri.

Tak salah jadi PM sampai 10 penggal kalau bagus

Sanusi tak kisah pun kalau seseorang Perdana Menteri tu kekal sampai 10 penggal, asalkan dia tunjuk prestasi yang mantap dan bawa kebaikan untuk rakyat.

IKLAN

Kalau prestasi PM (Perdana Menteri) bagus, berapa penggal pun tak mengapa, sehingga 10 tahun, 10 penggal pun tak ada masalah. Kalau prestasi PM itu tidak bagus, tak payah tunggu habis satu penggal.- Katanya.

Dia juga tegaskan yang prestasi itu jauh lebih penting daripada sekadar nak tetapkan had penggal semata-mata.

Boleh rugikan negara jika pemimpin muda disekat

Sanusi juga bagi contoh kalau ada pemimpin muda yang dilantik jadi PM seawal umur 40 tahun dan dia perform dengan cemerlang, tapi disebabkan undang-undang had dua penggal tu, negara pula yang rugi.

Kalau ada pemimpin muda dilantik sebagai PM pada umur 40 tahun dan prestasi bagus untuk rakyat dan negara, kita pula yang rugi bila dihadkan sebab dia tak boleh dilantik semula.- Katanya.

Bagi dia, kekangan undang-undang macam ni boleh menghalang potensi besar seseorang pemimpin yang berbakat.

Had dua penggal sesuai untuk Anwar sebab faktor umur

Dalam pada tu, Sanusi juga sentuh pasal faktor umur Anwar yang katanya sekarang dah cecah 79 tahun. Jadi, had dua penggal mungkin sesuai untuk Anwar sendiri.

Anwar umur 79 tahun sekarang, sesuai hadkan kepada dua penggal sebab kalau jadi PM kali kedua, umur cecah 86 pada hujung penggal. Isunya di sini, bukan pada tempoh masa tetapi prestasi.- Ujar beliau.

Anwar sebelum ini umumkan yang RUU mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini. Ia antara empat perundangan baru yang dirancang sebagai hala tuju Parlimen 2026.

Cadangan itu bukan hanya untuk jawatan Perdana Menteri, tapi juga untuk jawatan-jawatan utama lain termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN), yang juga akan dihadkan kepada maksimum 10 tahun.

Pssttt! Ohmedia setuju prestasi tu penting, tapi sistem had penggal pun boleh bantu elak penyalahgunaan kuasa. Apa pun, rakyat lah yang kena bijak nilai siapa yang layak teruskan.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas