Connect with us

Oh! Media

Viral Pengunjung Terkinja-Kinja Layan Lagu, Konsert Depan Masjid Zahir Cemar Nama Baik Kedah

Trending

Viral Pengunjung Terkinja-Kinja Layan Lagu, Konsert Depan Masjid Zahir Cemar Nama Baik Kedah

Baru-baru ini viral perkongsian pengguna TikTok memaparkan orang ramai berhibur dalam acara konsert yang berlangsung di dataran berhadapan Masjid Zahir Alor Setar Kedah.

ADVERTISEMENT

Dalam rakaman itu, kelihatan pengunjung menari dan melompat menikmati muzik yang dimainkan. Pengguna TikTok itu meluahkan rasa kecewa mempersoalkan di manakah rasa hormat pengunjung apabila terkinja-kinja di acara yang diadakan tidak jauh dari masjid.

@matdutt85 #allahuakbar #masjidzahir #fyp #islamic_video #foryoupage #fypシ #viralvideo ♬ original sound – Firdaus85

Memberi respon kepada isu itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad meluahkan rasa kesal dengan penganjuran konsert hiburan di dataran berhadapan Masjid Zahir.

Katanya penganjuran konsert itu sekali gus menjejaskan nama baik Kedah di bawah pimpinan PAS.

Program bermula pagi dengan aktiviti yang disusun oleh penganjur ketika itu semua nampak okay… ada jualan dan sebagainya, tapi di penghujung program ada konsert pula.

Ujar beliau, acara konsert yang menutup program itu dilihat kurang sopan dan tidak wajar.

Beliau mengingatkan pihak berkuasa supaya lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan dan memastikan agar segala program yang dianjurkan dipantau.

Konsert (hiburan) tidak layak dibuat di dataran itu kerana ia di depan masjid dan belakangnya pula adalah pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Saya merakamkan kekesalan dengan apa yang berlaku.

Beliau turut meminta JHEAIK menyiasat penganjuran konsert itu termasuk meminta penjelasan daripada penganjur program.

Kredit: Harian Metro | TikTok @matdutt85

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas