
Oh! Politik
Exco Terengganu Dikecam Tuang Air Oren Atas Pinggan, Didakwa Cuba Perlekeh Menu Rahmah
Oleh
Exco Terengganu, Haji Hanafiah Mat menimbulkan kontroversi apabila didakwa cuba memperlekehkan menu rahmah dengan mencurahkan air minuman ke dalam pinggan.
Dalam video tular di media sosial, beliau dipercayai bertindak demikian kerana menu ikan goreng dan sayur goreng dikatakan terlalu kering. Beliau menjadikan air oren itu seperti kuah untuk tambah selera.
Exco Terengganu tuang air oren dalam nasi
YB Hanafiah Mat, Exco Terengganu, dia cuba nak perlekeh Menu Rahmah tapi sebenarnya telah menghina rezeki daripada Tuhan… pic.twitter.com/4VQukceKil
— Shahbudin Husin (@budinwmaju) March 3, 2023
Benda yang tak kena di tekak kita, mungkin sebesar-besar rahmat dan rezeki di tekak orang lain terutamanya bagi yang tidak mampu. Semoga diberi sehebat-hebat petunjuk buat mereka-mereka yang telah lupa. https://t.co/ExQ2vbwoyO
— Injang (@Injang_Nation) March 3, 2023
Melihat kepada respon orang awam, rata-rata mengecam tindakan tak sensitif tersebut. Kata netizen, lauk ikan dan sayur sebenarnya sudah cukup untuk orang yang kurang berkemampuan.
Malah, ada orang miskin yang hanya berlapikkan air suam dan biskut kerana tak ada makanan. Ada netizen berkata, tindakan itu seolah-olah menghina makanan dan rezeki daripada Allah SWT.


Difahamkan video tersebut telah pun dipadam namun tular di media sosial selepas dimuat naik semula pengguna yang lain. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan Yb.
Kredit: Twitter
