Connect with us

Oh! Media

“Siapa Yang Buat Jam Ni?” – Kedai Popular Di Cameron Highlands Dikecam Selepas Owner Didakwa Maki Hamun Netizen

Ohmedia opah

Trending

“Siapa Yang Buat Jam Ni?” – Kedai Popular Di Cameron Highlands Dikecam Selepas Owner Didakwa Maki Hamun Netizen

Pemilik kedai scones popular di Cameron Highlands tidak berpuas hati traffic jam pada cuti baru-baru ini.

Nama sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands tiba-tiba menjadi bualan hangat di media sosial selepas beberapa tangkap layar melibatkan premis berkenaan tular di Threads.

Isu itu mula menarik perhatian ramai apabila netizen mendakwa pemilik atau pihak yang menguruskan akaun kedai tersebut membalas komen pengguna media sosial dengan nada kasar.

Opah Strawberry jadi bualan netizen

Difahamkan, isu ini bermula apabila pemilik kedai popular itu didakwa memarahi orang ramai yang membuatkan kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands pada hari cuti baru-baru ini.

IKLAN

Menurutnya, ada banyak lagi masa yang lain untuk datang ke Cameron dan orang ramai tidak perlu berduyun-duyun melalui jalan yang sama untuk pulang.

opah strawberry

Di ruangan komen, pihak kedai didakwa membalas komen netizen dengan ayat kasar serta maki hamun.

Komen itu kemudian mencetuskan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan cara balasan tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi jika datang daripada pihak yang menjalankan perniagaan.

Opah 1

Ada yang berpendapat, sebagai peniaga, kritikan pelanggan sepatutnya ditangani dengan lebih profesional dan bukan dibalas menggunakan kata-kata yang boleh mengundang lebih banyak kecaman.

Opah 2
opah strawberry
Screenshot

Lebih mengejutkan apabila pemilik didakwa tidak takut dikecam kerana perniagaannya tetap laku biarpun berdepan ancaman boikot gara-gara isu tersebut.

Pssttt! Dalam dunia bisnes, cara bercakap dengan pelanggan memang sangat penting. Kadang-kadang satu komen sahaja sudah cukup untuk buat orang hilang kepercayaan.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas