Oh! Artis
“Lagi Orang Kecam, Lagi Saya Buat” – Maria Farida Seksi Demi Kepuasan Diri, Suami Pun Okey
Maria Farida tak kisah imej seksi dikecam, asalkan suami okey dan dirinya bahagia.
Siapa sangka di usia 56 tahun, Datin Maria Farida masih mencuri perhatian dengan penampilan yang memukau, namun tidak semua bersetuju dengan gayanya.
Ramai netizen menyuarakan rasa kurang selesa melihat imej Maria yang dianggap masih ‘seksi’. Tetapi pelakon jelita ini langsung tidak gentar dengan kritikan.
“Suami pun okey, saya okey” – Maria Farida
Menurut Maria, dia berpakaian untuk diri sendiri dan bukan untuk puaskan hati orang lain. Malah, dia mendapat restu penuh daripada suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur.
Memang macam-macam netizen hentam. Tapi bagi saya, apa yang buat saya gembira, saya akan buat sebab saya berpakaian untuk diri sendiri bukan untuk orang. Suami pun okey. Asalkan dia okey, saya pun okey. Saya tak pakai untuk memuaskan hati orang lain. Jadi lagi orang hentam, lagi orang kutuk, lagi saya buat.
Tambah pelakon ini, dia merasakan imejnya biasa je, tidaklah seksi seperti yang dikatakan netizen. Maria bagaimanapun menghormati pandangan masing-masing.
Apa yang penting, Maria gembira dan tidak kacau hidup sesiapa pun.
Maria tak suntik muka, buat facial je

Dalam nada berseloroh, Maria turut mengakui dia tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti disangka. Tiada senaman dan tiada diet sihat, sebaliknya dia lebih gemar makan coklat dan habiskan masa tengok Netflix.
Mengenai wajahnya yang kekal tegang dan awet muda, Maria menolak dakwaan melakukan suntikan wajah.
Katanya, dia hanya buat rawatan wajah biasa kerana suntikan menyakitkan dan boleh buat wajah kelihatan pelik serta lebih tua.
Maria percaya faktor genetik adalah penyumbang utama kepada kecantikan yang dimilikinya, memandangkan ahli keluarganya dari sebelah ibu dan bapa memang semuanya awet muda.
Pssttt! Setiap orang ada cara tersendiri untuk merasa yakin dan bahagia. Apa-apa pun, semoga Datin Maria Farida terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM