Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Kenangan Zaman Kanak-Kanak Yang Paling ‘Lejen’,  No 5 Tu Semua Budak Lelaki Buat!

Oh! Youtube

Ini 5 Kenangan Zaman Kanak-Kanak Yang Paling ‘Lejen’,  No 5 Tu Semua Budak Lelaki Buat!

ADVERTISEMENT

Bila bercakap tentang memori zaman kanak-kanak jelas sekali ianya berkaitan kenangan yang  paling diingati oleh seseorang. Kadang-kadang bila duduk sorang-sorang mesti akan tersenyum bila teringat nostalgia lama kan? 

Kalau dulu mesti tak sabar-sabar nak menjadi dewasa, tapi bila dah dewasa teringin pula nak undur masa untuk kembali ke zaman yang tidak perlu fikirkan apa-apa selain bermain. Kalau nak dibandingkan zaman kanak-kanak dulu dan sekarang sangatlah berbeza. 

Kanak-kanak masa kini banyak menghabiskan masa duduk dalam rumah dan bermain gajet berbanding bermain di luar. 

Jadi hari ini jom kita imbas balik kenangan zaman kanak-kanak yang paling popular dulu. Oh!Media yakin kalau korang dari generasi tahun 80an, 90an atau 2000 mesti pernah buat perkara ni kan? 

  1. Buat-buat sakit/demam

Siapa dulu pernah konon-konon sakit perut nak ponteng sekolah sebab tak siap kerja sekolah? Haa.. Kami rasa ni ramai yang buat kan hahaha. 

  1.  Menyanyi dekat kipas meja  

Ini antara benda paling legend jugak bila buka je kipas nak je acah-acah macam ada konsert padahal tak dengar pun. 

  1. Alat tulis baru

Masa zaman kami sekolah rendah dulu, kalau kawan ada beli alat tulis baru dan tak nak bagi kawan-kawan yang lain pinjam mesti diorang akan bagi alasan ‘mak aku tak bagi’. Siapa je yang berani nak guna barang kawan kita tu kalau dia cakap mak dia tak bagi pinjam, kan. 

  1. Permainan tradisional tuju selipar

Selalunya pukul 5 petang mesti kita akan berkumpul dengan kawan-kawan untuk main permainan ni, kan? Satu hari tu kita boleh main dalam 3-4 pusingan sampai tak sedar dah masuk waktu maghrib. Apa pun, permainan tradisional kebanyakannya memang best!

  1. Lawan pemadam 

Permainan lawan pemadam merupakan permainan yang paling digemari oleh budak lelaki. Hal ini kerana, pada zaman dulu mereka sering bermain lawan pemadam bersama rakan sekelas. Sebagai denda, yang kalah perlu menyerahkan pemadam mereka kepada pemenang. Fuhh.. menangis juga la nak menjawab dengan mak kenapa kena beli pemadam baru kan? Hahahaha. 

Memetik petikan di portal Harian Metro, bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak kerana ia membantu pembangunan kemahiran pembelajaran hidup dalam diri setiap kanak-kanak. Selain itu, mereka juga dapat membentuk persahabatan, menguji keupayaan dan menyelesaikan masalah ketika bermain di samping menikmati zaman kanak-kanak dengan penuh keriangan. 

Secara keseluruhannya, kenangan nostalgia ini adalah bahagian yang penting dari segi perkembangan seseorang dan dapat membentuk siapa kita pada masa kini.

https://www.hmetro.com.my/hati/2018/06/350765/nikmati-zaman-kanak-kanak

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas