Oh! Artis
Ibu Dan Adik Dedah Sesuatu Mengenai Fattah Amin
Ibu kepada pelakon terkenal Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani ada berkongsi sesuatu mengenai anaknya itu baru-baru ini.
Menerusi temu bual di TikTok, Azizah mendedahkan bahawa sambal udang adalah makanan kegemaran Fattah.
Masakan saya yang paling dia suka adalah sambal udang.
Bukan tu jer, Azizah juga berkongsi yang Fattah merupakan anak yang baik serta dan bukannya yang jenis nakal.
Terkejut bila Fattah Amin jadi artis

Ibu kepada Fattah juga turut mengimbau detik ketika mengetahui anaknya itu mula berkecimpung dalam dunia hiburan.
Pada awalnya, Azizah berharap yang anaknya itu tidak memasuki dunia seni walaupun ada keluarga lain yang terlibat seperti bapa saudara dan sepupunya.
Mula-mula tahu Fattah jadi artis memang rasa terkejut. Dulu kalau boleh tak payahlah (jadi artis).
Walau bagaimanapun, Azizah tetap memberi sokongan penuh dan mendoakan agar Fattah terus menjaga nama baik keluarga.
Doa ibu untuk Fattah
Ibu kepada Fattah itu turut menitipkan doa untuk anak sulungnya itu dan berharap dia menjaga solat dan menjadi insan yang dapat membanggakan keluarga.
Ibu doakan along (Fattah) supaya menjaga diri, solat tidak tinggal, jaga nama baik keluarga.
Rupanya Fattah Amin seorang abang yang tegas

Bukan tu jer, adik bongsu kepada Fattah juga ada berkongsi sesuatu mengenai personaliti abang sulungnya itu.
Katanya, Fattah seorang yang tegas ketika mereka semua masih kecil dulu bagi menjalankan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menjaga adik-beradik.
Along seorang yang cool, sewaktu adik-adik masih kecil dia sangat tegas dengan kami. Biasalah anak sulungkan, memang kena tegas sikit.
Adiknya juga turut menitipkan doa agar abangnya itu menjadi seorang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.
#OhmediaNasihat
Kasih ibu dan keluarga sememangnya tidak ternilai. Sokongan dan doa mereka sentiasa menjadi pendorong kejayaan kita, walaupun jalan yang kita pilih kadang-kadang tidak seperti yang diharapkan.
Hormatilah dan hargai doa serta sokongan keluarga. Buatlah yang terbaik dan jangan lupa menjaga hubungan baik dengan mereka, kerana keluarga adalah harta paling berharga.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM