Connect with us

Oh! Media

Seorang Ayah Beli Sepasang Kasut ‘Secondhand’ Demi Hadiri Majlis Graduasi Anak Lelakinya

Ohmedia ayah

Oh! Inspirasi

Seorang Ayah Beli Sepasang Kasut ‘Secondhand’ Demi Hadiri Majlis Graduasi Anak Lelakinya

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan oleh seorang ayah yang hanya mampu membeli kasut ‘secondhand’ berharga RM8 untuk menghadiri majlis graduasi anak lelakinya.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok Ayob Ibrahim, yang memaparkan perbualan ayahnya menghantar gambar membeli sepasang kasut terpakai yang dibelinya dengan harga RM8 sahaja.

IKLAN

Ayah

Difahamkan, ayahnya membeli sepasang kasut berkenaan kerana terdapat kod pakaian yang perlu dipatuhi untuk majlis graduasinya.

Ayob merupakan seorang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan menamatkan pengajian pada 30 November dengan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sains Kemanusiaan.

Menurutnya, apabila dia mengetahui ayahnya telah membeli sepasang kasut terpakai demi menghadiri majlis graduasinya, dia sangat terharu dan tidak dapat menahan perasaan emosi.

Sebelum ini ayah saya seorang pekerja kontraktor dan ada menjalankan perniagaan kecil secara sambilan tetapi telah bersara.

Melihat kasut yang dibeli ayahnya agak lusuh, Ayob memutuskan untuk membeli sendiri sepasang kasut hitam baharu untuk ayah kesayangannya.

Ayah

Tidak lama lagi hari lahirnya bakal tiba, jadi saya memutuskan untuk membelikannya sepasang kasut baharu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sangat bangga dengan perbuatan Ayob dan mendoakan agar mereka sentiasa murah rezeki.

Ayah

Ayah

@jobs_abraham

Replying to @Ainnn🕊️ alhamdulilah telah dibelikan kasut baru semalam (12/11/23) alang alang dah hari lahir abah so kita hadiahkan terus. Happy Birthday Abah.

♬ Ayah – Ukulele Version – Ifan Seventeen

BACA: Pemuda Kongsi Rutin Harian Jaga Ibu Lumpuh, Profesional Macam Nurse Terlatih!

Terdahulu, viral di TikTok seorang pemuda berkongsi rutin harian menjaga ibunya yang lumpuh seperti profesional macam jururawat terlatih.

Kredit: TikTok Ayob Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Whatsapp image 2023 11 16 at 134816 2jpeg
  • Whatsapp image 2023 11 16 at 134610 1jpeg 576x1024 1
  • Screenshot 1062
  • Screenshot 1064
  • Ohmedia ayah
  • Whatsapp image 2023 11 16 at 134816 2jpeg
  • Whatsapp image 2023 11 16 at 134610 1jpeg 576x1024 1
  • Screenshot 1062
  • Screenshot 1064
  • Ohmedia ayah

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas