Connect with us

Oh! Media

Pemuda Kongsi Rutin Harian Jaga Ibu Lumpuh, Profesional Macam Nurse Terlatih!

ibu

Oh! Inspirasi

Pemuda Kongsi Rutin Harian Jaga Ibu Lumpuh, Profesional Macam Nurse Terlatih!

Baru-baru ini viral di TikTok seorang pemuda sanggup melepaskan tugas hakiki demi menjaga ibunya yang terlantar lumpuh.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Tunggal Tabah Jaga 4 Anak Lumpuh Diserang Penyakit Saraf

Alif Rosehaizad bukan sahaja mengorbankan masa dan tenaga, dia juga mengambil alih rutin harian di rumah seperti memasak dan mengemas rumah.

Perkongsian mengenai rutin harian Aliff itu mengundang rasa kagum orang ramai kerana dia dilihat seperti jururawat profesional.

jaga mak
Kredit: TikTok @alifr0z

Left my 9-5 corporate job to take care of my bedridden mak and it’s the best decision I’ve ever made. Sumpah lagi puas jaga sendiri.

Mana tidaknya, dia mulakan hari dengan menukar lampin ibu. Kemudian dia menyediakan ubat-ubatan dan susu mengikut keperluan ibunya iaitu setiap 3 jam.

Selepas susu, Alif mengelap badan ibu dengan air sabun dan membilasnya sehingga wangi. Kemudian, dia membersihkan tracheostomy iaitu tebukan pada leher ibunya.

Alif juga tak lupa untuk menukar posisi ibunya setiap 2 jam sekali untuk mengelakkan bedsore termasuklah latihan physiotherapy.

Memetik laporan mStar, Alif berkata ibunya lumpuh seluruh badan pada Jun 2022 kerana mengalami Hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE) akibat kekurangan oksigen.

Dia dan adik beradik pernah mengambil khidmat private nurse tetapi nampak perbezaan layanan yang ketara.

Ketika saya jaga, mak nampak lebih sihat, berseri dan saya sendiri berasa lebih puas kerana saya sangat teliti dalam penjagaan.

Sejak itu, dia nekad berhenti kerja dalam bidang komunikasi korporat untuk fokus kepada ibu.

Dia mengambil inisiatif sendiri belajar daripada pelbagai sumber mengenai penjagaan warga emas termasuklah meneliti kerja-kerja jururawat sebelum ini.

Mak tidak boleh bercakap kalau dia lapar atau tak selesa, jadi kami perlu sentiasa peka dan checklist ini boleh dijadikan rujukan untuk kami.

Alif siap senaraikan semua kelengkapan ibu dan teknik pelaksaan di Google Docs tau, katanya senang untuk rujukan ahli keluarga yang lain juga.

Alhamdulilah, seronoknya ada anak soleh seperti Alif. Semoga Alif dan adik beradik yang lain terus cekal menjaga ibu yang terlantar sakit.

Kredit: mStar | TikTok @alifr0z

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas