Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew merupakan salah seorang yang banyak membantu masyarakat di dalam kesusahan. Beliau sanggup turun padang menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.
Terbaru, rakan baiknya, Noor Laila Aniza mendedahkan kisah yang pernah terjadi kepada Ustaz Ebit 14 tahun dahulu. Katanya, Ustaz Ebit pernah dihina dan diketawakan kerana miskin.
Saya antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew, orang yang betul-betul susah miskin, dihina, dikenakan, diketawakan. Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yang bukan sedikit.Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing-masing belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang. Kami ada dalam 5 orang sahabat baik di ofis waktu tu. 3 lelaki dan 2 perempuan. Di ofis ni, tak ramai perempuan. Penceramah perempuan 2 orang sahaja. Semua sekali 5 staff perempuan dan 20 staff lelaki.
Menurutnya, mereka suatu ketika dahulu bekerja di tempat yang sama. Ustaz Ebit dan rakan-rakan lain gemar berkumpul bercerita mengenai Nabi. Kalau mendengar Ustaz Ebit bercerita, seolah-olah seperti menonton wayang gambar.
Menceritakan dengan lebih lanjut, dia memberitahu Ustaz Ebit pernah meminta tolongnya membelikan gubahan bunga dan rantai emas untuk bidadarinya ketika dia keluar jemaah tabligh.
Walaupun waktu itu wangnya cukup-cukup makan sahaja, dia berpuas hati dapat menggembirakan hati isteri.
Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian2 tempat..saya tanya dia.. “Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” ( soalan saya 14 tahun dlu waktu tak faham *hakikat memberi* ) dan saya tahu dia memang tak ada duit. Ebit jawab.. “Takpe laila.. Keluar je jemaah dlu.. Nanti Allah ganti”Dulu keretanya buruk sgt2. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Org ketawakan dia.. Kawan2 kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik… Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dgr ko ceramah.. Tak laku” Memang org kenakan dia cukup2, ketawakan dia cukup2..
Malah, sebelum membuka Elews Mart, Ustaz Ebit bercita-cita mempunyai 10 cawangan dan ternyata dimakbulkan dalam masa 2 bulan. Apa yang paling tidak dapat dilupakannya adalah amalan rakannya itu selama 4 tahun bekerja bersama.