Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Mahu Lihat Dulu Reaksi Rakyat Sebelum Sasar Semula RON95

ron95

Oh! Negara

Perdana Menteri Mahu Lihat Dulu Reaksi Rakyat Sebelum Sasar Semula RON95

Selepas rakyat melihat kesan penarikan subsidi Diesel agak membebankan, kerisauan mula timbul jika penarikan ini turut berlaku kepada RON95.

ADVERTISEMENT

BACA: Peniaga Kenakan Caj Tambahan 10 Sen Bagi Pengguna Kod QR, Beri Alasan Harga Diesel Naik

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun memberi jaminan penyasaran semula subsidi bagi RON95 tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya dengan cepat. Ada kajian daripada dulu tapi kita fikir lebih baik lihat dulu langkah diambil ke atas elektrik, ayam dan diesel. Ini tiga yang kita buat tahun ini dan tahun lalu.

Lihat dulu kesannya dan bagaimana reaksi rakyat. Barulah selepas itu kita sedia berunding apakah ada keperluannya.

3.8 juta orang asing dan orang kaya nikmati subsidi RON95…

ron95

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim melihat penyasaran subsidi RON95 sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi. Namun disebabkan banyak kekangan yang menyukarkan, ianya tak dapat dilakukan.

Kalau tanya saya, penyasaran semula subsidi RON95 patut sudah dilaksanakan lama dahulu. Tapi ini tak mudah. Masalah kita hadapi adalah 3.8 juta orang asing guna minyak ini begitu juga orang kaya, ini yang mesti dan amat penting untuk kita hentikan.

Bagi isu ini (penggunaan babitkan orang asing dan orang kaya), saya tak tolak ansur kerana mereka telah gunakan subsidi sejak berpuluh tahun lalu. Justeru (sekarang ini) bagaimana kaedah (terbaik bagi pelaksanannya) kita perlu fikir, supaya ia tidak membebankan rakyat.

Bukan hanya itu, Anwar Ibrahim turut membidas pihak pembangkang yang menggunakan isu ini sebagai alat untuk menyerang kerajaan dengan menuduh kerajaan zalim.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas