Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Adakan Perjumpaan Dengan Pemimpin Hamas Di Doha

Perdana menteri anwar ibrahim hamas ohmedia

Oh! Negara

Perdana Menteri Adakan Perjumpaan Dengan Pemimpin Hamas Di Doha

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengadakan perjumpaan bersama pemimpin tertinggi Hamas, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar. Pertemuan tertutup itu berlangsung selama lebih satu jam dalam misi lawatan rasmi ke Qatar.

BACA: Tentera Israel Cedera’Diserang’ Ratusan Tebuan Di Gaza

Perjumpaan itu bagaimanapun menimbulkan banyak persoalan, lagi-lagi apabila nama Malaysia pernah dikaitkan dengan penyaluran dana kepada Hamas.

IKLAN
Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim jelaskan Malaysia sebuah negara yang bebas…

Keresahan itu turut disedari Anwar yang memaklumkan beberapa sahabat terutamat di Barat mempersoal tindakan itu.

Soal saya menemui mereka (Hamas) saya nak jelaskan sekali lagi bahawa kita mengambil sikap yang bebas.

Hamas punya hak untuk pertahankan wilayah yang dijajah oleh kuasa asing tetapi kita ambil pendekatan menyokong usaha damai untuk berhubung dengan badan politik Hamas dan tidak terbabit dalam mana-mana aktiviti ketenteraan.

Jadi, ini yang kita jelaskan dan saya percaya rakan-rakan kita akan bangkitkan bahawa tiada sebab mengapa tak boleh adakan perbincangan itu sebab Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas.

Anwar Ibrahim gesa hentikan keganasan pencerobohan!

Image 33

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan tujuan perjumpaan bersama pemimpin Hamas itu bagi menjaga hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama.

Ketua-ketua Hamas khususnya Ismail Haniyeh dan Khaled Meshaal berpangkalan di Doha dan kalau dulu, saya sering jumpa mereka di rumah, tetapi kini saya undang mereka (untuk berjumpa).

Ketua-ketua Hamas khususnya Ismail Haniyeh dan Khaled Meshaal berpangkalan di Doha dan kalau dulu, saya sering jumpa mereka di rumah, tetapi kini saya undang mereka (untuk berjumpa).

Tetapi (untuk itu berlaku) hentikanlah keganasan pencerobohan oleh rejim zionis Israel ke atas Gaza dan juga kawasan di tebing Barat yang terus diserang oleh kelompok-kelompok Israel

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas