Connect with us

Oh! Media

Maszlee Malik Gesa Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Letak Jawatan

maszlee malik

Oh! Negara

Maszlee Malik Gesa Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Letak Jawatan

Kesilapan dalam dokumen rasmi kerajaan bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi kalau melibatkan simbol negara. Itu antara nada tegas bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik selepas melihat bendera Malaysia yang salah dipaparkan dalam laporan rasmi SPM 2024.

Bukan sekadar kesilapan teknikal, Maszlee anggap ia sebagai tanda kegagalan sistemik yang lebih besar dalam pengurusan pendidikan negara.

IKLAN

“Kelalaian, kecuaian dan tidak berdisiplin”- Maszlee Malik.

Dalam kenyataan di Facebook, Maszlee mengkritik keras kecuaian tersebut yang disifatkan sebagai memalukan dan tidak boleh diterima.

Timbul persoalan bagaimanakah sebuah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan boleh melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap bendera negara? Lebih malang, ia dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan yang diamanahkan untuk mendidik rakyat sekalian.

Jawapannya mudah, kerana kelalaian, kecuaian dan sikap tidak cermat dan tidak berdisiplin dalam menjalankan amanah.- Tegasnya.

Menurutnya, hal ini berpunca daripada sikap tidak cermat mereka yang diberi amanah.

Maszlee desak tindakan bertanggungjawab diambil…

Maszlee turut mencadangkan agar beberapa individu penting tampil secara ‘gentleman’ dan mengambil tanggungjawab atas kesilapan besar ini.

Demi negara dan demi menjaga imej tata kelola Madani yang dibawa oleh perdana menteri, ketua pengarah pendidikan, timbalan yang berkaitan dan juga pengarah Lembaga Peperiksaan perlulah bertanggungjawab dan mengundurkan diri secara ‘gentleman’.

Melepaskan jawatan bukanlah sesuatu yang mengaibkan jika ia didasari prinsip dan maruah bangsa dan negara.

Maszlee mendedahkan bahawa ketika beliau memegang jawatan menteri, prosedur yang ketat telah dilaksanakan untuk memastikan dokumen rasmi melalui pemeriksaan ketat di beberapa peringkat sebelum diluluskan. Justeru, beliau mempertikaikan bagaimana kesilapan seperti ini boleh terlepas pandang.

AI tak bersalah sepenuhnya, manusia masih perlu bertanggungjawab…

Antara gambar hasi AI yang digunakan pihak KPM sebelum ini

Insiden ini melibatkan imej bendera Malaysia yang dijana AI dengan dua bintang dan lapan jalur, bukan satu bintang dan 14 jalur seperti Jalur Gemilang sebenar.

Walaupun kecerdasan buatan digunakan, Perdana Menteri melalui setiausaha akhbarnya, Tunku Nashrul Abaidah, menegaskan AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan simbol negara.

Maszlee walau bagaimanapun tidak mendesak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk meletakkan jawatan. Beliau lebih menekankan tanggungjawab pegawai teknikal dan pengurusan yang terbabit secara langsung dalam penyediaan dokumen tersebut.

Pssttt! Bila simbol negara pun boleh tersilap, ia bukan sekadar isu teknikal. Ia soal maruah, soal amanah. Tak cukup sekadar minta maaf, perlu ada yang tampil dan bertanggungjawab. Kalau tidak, sampai bila pun sistem kita akan terus longgar. Teguran Maszlee bukan sekadar teguran politik, tapi suara hati ramai rakyat yang mahu Malaysia dijaga dengan lebih bermaruah. Semoga ini jadi pengajaran buat semua pihak.

Kredit: Malaysia kini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas