Connect with us

Oh! Media

Bantuan Persekolahan RM150 Wajib Diberi Penuh, Tak Boleh Potong Yuran PIBG

Ohmedia fadhlina Sidek

Oh! Negara

Bantuan Persekolahan RM150 Wajib Diberi Penuh, Tak Boleh Potong Yuran PIBG

Menteri Pendidikan tegaskan RM150 Bantuan Awal Persekolahan mesti diberi penuh kepada ibu bapa tanpa potongan.

Baru-baru ini, kerajaan Madani telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

BACA: Serahan Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Setiap Murid Tahun 2026 Bermula 11 Januari

Terbaru, Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada semua pihak sekolah supaya tidak sewenang-wenangnya ‘usik’ duit BAP yang sepatutnya diterima penuh oleh ibu bapa.

IKLAN

Menteri Pendidikan bagi amaran jangan usik duit bantuan persekolahan

Memetik laporan Free Malaysia Today, Fadhlina berkata, pihaknya telah menerima laporan terdapat sekolah menggunakan bantuan ini untuk menampung bayaran seperti yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Bap

Tindakan seperti ini dianggap melanggar ketetapan kerajaan yang mahu bantuan itu diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang potongan.

Guru diingatkan bahawa tiada potongan boleh dibuat.

Tambah beliau lagi, jika kerajaan beri RM150, maka ibu bapa mesti terima jumlah penuh itu tanpa dikurangkan.

Malah, beliau meminta ibu bapa terus memaklumkan kepada beliau jika ada guru atau sekolah yang cuba memotong wang bantuan tersebut.

Pssttt! Kalau dah namanya bantuan kerajaan, kenapa pula nak dipotong-potong? Tindakan seperti ini bukan sahaja salah dari segi prosedur, tapi turut menjejaskan kepercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan. Harap pihak sekolah ambil serius perkara ini dan patuhi arahan demi kebajikan pelajar.

Kredit: Free Malaysia Today
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas