Connect with us

Oh! Media

“Jangan Dilayan Sangat” – PMX Nafi Dakwaan Kerajaan Halang Pemimpin Luar Jumpa Tun M

Anwar Tun M

Oh! Negara

“Jangan Dilayan Sangat” – PMX Nafi Dakwaan Kerajaan Halang Pemimpin Luar Jumpa Tun M

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan menghalang pemimpin luar yang berkunjung ke negara ini daripada bertemu dengannya.

PMX turut menegaskan bahawa tuduhan sedemikian adalah tidak berasas dan tidak seharusnya dilayan.

Kerajaan tak pernah sekat sesiapa untuk jumpa Tun M

Image
Kredit foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi laporan daripada Berita Harian, PMX berkata baru-baru ini ada beberapa pemimpin dunia berkunjung ke Malaysia dan katanya tidak pernah meminta untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir. Malah, jika mereka mahu berbuat demikian, beliau tidak mempunyai halangan.

IKLAN

Jangan dilayan sangat, kalau (ada pemimpin luar) nak jumpa (Mahathir) apa masalahnya… kalau (ada) kawan dia nak jumpa (tiada masalah), (tapi) tak ada.

Baru-baru ini pemimpin Thailand, Jepun, Indonesia, Turkiye (berkunjung ke Malaysia), tak ada minta nak jumpa (Mahathir) dan kalau nak jumpa, tak akan saya kata jangan, jumpalah, bukan nak rugi.-Katanya

PMX berkata demikian dalam sidang media bersama wartawan Malaysia sebelum menamatkan lawatan rasminya ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota Sheikh Salman Hamad Al Khalifa.

Image
Kredit foto Podcast Apa Cerita

Terdahulu, Tun Dr Mahathir dalam satu temu bual menerusi sebuah program podcast mendakwa bahawa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beberapa pemimpin asing daripada bertemu dengannya.

Beliau turut mendakwa bahawa pemimpin yang didakwa disekat itu merupakan rakan-rakannya sendiri.

Anwar Tun M

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas