Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa pencerobohan tanah di negeri itu kini menjadi musuh utama dan lebih serius berbanding isu dadah dan jenayah.
Baginda mendedahkan sebanyak 14,494 hektar tanah kerajaan telah diceroboh secara haram dengan pelbagai tanaman seperti sawit, durian dan getah.
Sultan Pahang murka! Hutan simpan pun jadi mangsa…
Lebih mengejutkan, sekitar 5,997 hektar hutan simpan kekal (HSK) turut diceroboh atas nama pertanian. Namun hakikatnya, ia adalah satu rompakan terbuka terhadap harta negeri.
Masalah ini bukan baru bermula semalam, ia berakar sejak lebih empat dekad yang lalu dan ia berlaku tanpa pengetahuan beta. Namun, bukan niat beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan. Kita tidak mahu terus dibelenggu oleh bayang-bayang masa silam.
Sebaliknya, kita berhasrat untuk menoktahkan kemelut pencerobohan tanah secara haram ini. Biarlah kisah lalu itu menjadi pengajaran. Jika ada unsur rasuah, salah guna kuasa atau.- Titah baginda.
Titah Sultan Pahang tegas: Noktahkan segala pencerobohan…
Dalam istiadat pembukaan penggal keempat DUN Pahang, baginda menekankan pendekatan yang diambil bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi untuk memulihkan maruah undang-undang dan negeri.
Baginda turut memuji tindakan tegas kerajaan negeri dan UPNP yang sudah mula bertindak, termasuk menutup lombong haram dan memotong tanaman yang ditanam tanpa kebenaran.
Tiada lagi lelulusan tanah haram…
Titah baginda lagi, kerajaan negeri tidak akan meluluskan apa-apa permohonan baru terhadap tanah yang sudah diceroboh secara haram. Ini adalah prinsip yang tidak akan dikompromi.
Paling mengecewakan, baginda menegaskan bahawa ada segelintir individu yang sepatutnya menjaga undang-undang, sebaliknya menyokong pencerobohan ini.
Sultan Pahang murka dengan pihak dan pemimpin politik cuba pertahan penceroboh…
Apa yang lebih mendukacitakan terdapat segelintir pihak, termasuk individu yang seharusnya menjadi contoh dan pembela kepada undang-undang, sebaliknya memilih untuk menyokong perbuatan tidak bertamadun, cukup memalukan.
Tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej institusi, bahkan boleh menjejaskan kedaulatan pentadbiran negeri. Janganlah kerana kepentingan politik sempit, hukum diketepikan dan perbuatan yang salah dimuliakan.
Beta ingin menegaskan pentadbir tanah di semua peringkat wajib menjadi benteng hadapan, bukan boneka yang diperalatkan. Jangan sekali-kali berkompromi dalam hal yang membabitkan kedaulatan undang-undang negeri. Jangan terpedaya dengan naratif, kononnya pencerobohan itu atas nama kebajikan atau perjuangan rakyat.
Pssttt! Titah tegas Sultan Pahang ini jelas menunjukkan betapa seriusnya isu pencerobohan tanah di negeri itu. Bila sampai ke tahap hutan simpan diceroboh dan ada pula yang menyokong dari belakang, memang sangat mengecewakan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.