Connect with us

Oh! Media

Oh! Media Kongsi Pengalaman Ke Farm In The City Seri Kembangan, Pejam Celik Dah 10 Tahun Operasi!

Fitc

Oh! Lifestyle

Oh! Media Kongsi Pengalaman Ke Farm In The City Seri Kembangan, Pejam Celik Dah 10 Tahun Operasi!

Baru-baru ini team Ohmedia dijemput meraikan ulang tahun ke-10 Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan Selangor.

Untuk pengetahuan korang, Farm In The City (FITC) merupakan petting zoo di mana pengunjung boleh berinteraksi dengan pelbagai haiwan secara lebih dekat.

Photo1664429353
Farm In The City

Apa yang menariknya, haiwan-haiwan di FITC berkonsepkan bebas sangkar dan kebanyakan haiwan dibenarkan berkeliaran dalam kandang khas dengan persekitaran seolah-olah di habitat semula jadi mereka.

IKLAN

Pendek kata pengunjung bukan je boleh bergambar, nak gosok-gosok dan bagi makan pun boleh.

Photo1664428892

Sebenarnya Ohmedia sendiri kali pertama jejak kaki ke FITC ni, macam-macam binatang comel yang Ohmedia berpeluang tengok. Hilang sekejap tekanan dekat tempat kerja tu.

Photo1664429587
Alpaca
Photo1664429042
Giant Tortoise Species
Photo1664429820
Kerbau kerdil
Photo1664429319
Raccoon

Antara yang menarik perhatian Ohmedia adalah Alpaca, Giant Tortoise Species, kerbau kerdil, raccoon dan macam-macam lagi.

Paling mengujakan apabila Ohmedia dapat beri haiwan ini makan. Memang seronok tengok aksi raccoon dan rakan-rakan berpaut pada tunggul kayu menanti makanan daripada pengunjung.

Pengunjung jangan risau mengenai keselamatan sebab kakitangan zoo memang terlatih dan profesional. Yang penting dengar arahan dan jangan cuba menakut-nakutkan haiwan di situ.

Img 0422
Pengasas FITC Dato Allan Phoon bersama kakitangan zoo yang profesional Dato Allan Phoon ada pengalaman lebih tahun dalam bidang ni dan merupakan pengasas di sebalik pelbagai taman haiwan dan alam semula jadi di seluruh Malaysia termasuk Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun Petting Zoo

Di dalam zoo ini turut disediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung antaranya kafe, tandas awam dan surau. Dah penat pusing-pusing tu korang bolehlah berehat sekejap basahkan tekak, kafe tu siap ada penyaman udara lagi tau. Memang selesa!

Fitc1
Fitc2

Kalau korang ada anak kecil memang seronok lah melawat hidupan liar dan melihat alam sekitar dekat sini. Dapatlah mereka belajar mengenai habitat, tingkah laku dan geografi haiwan dalam lanskap global.

Jadi apa lagi tunggu? Jom ramai-ramai serbu Farm In The City Seri Kembangan dan meriahkan karnival sempena ulang tahun ke-10 mereka yang akan diadakan selama tiga hari bermula 8hb hingga 10hb Oktober 2022.

Photo1664429397 1

Untuk pengunjung dewasa, korang berpeluang menikmati diskaun RM10 daripada harga sebenar tiket manakala bagi tiket kanak-kanak, hanya RM10 untuk masa terhad sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang Farm In the City, sila layari https://www.farminthecity.my/.

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan 43300 Selangor.

Waktu operasi:

Hari biasa: 10:00am-6:00pm
Hujung minggu: 09:30am-6:00pm
Tutup setiap Selasa, tak termasuk cuti awam dan cuti sekolah.

Video kunjungan Oh! Media pada tahun 2014

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas