Oh! Lifestyle
Asyik Main Friendly Match? Inilah Masa Nak Uji Skill Di Tournament Picklefy Dengan Hadiah RM54,800!
Kalau sekarang korang masih belum ada sekurang-kurangnya seorang kawan yang ajak main pickleball, memang agak pelik.
Sebab sejak kebelakangan ini, sukan yang satu ini memang sedang meletup di Malaysia. Daripada gelanggang yang dulu lengang, sekarang makin sukar nak dapat slot permainan terutama pada waktu puncak. Media sosial pula dipenuhi video rally, tips teknik dan aksi pemain yang semakin serius mengasah skill masing-masing.
Apa yang bermula sekadar ikut trend atau ajakan kawan kini sudah bertukar menjadi hobi tetap bagi ramai rakyat Malaysia.
Bila dah mula simpan paddle kegemaran sendiri, sanggup berpeluh berjam-jam di gelanggang dan sentiasa mencari lawan yang lebih hebat, mungkin itu petanda korang sudah bersedia untuk cabaran yang lebih besar.
Dan berita baiknya, peluang itu bakal tiba hujung bulan ini.
Bersempena ulang tahun pertamanya, Picklefy bakal menganjurkan Picklefy 1st Anniversary Tournament yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM54,800 untuk direbut para peserta!
Dua Hari Penuh Aksi, Cabaran Dan Semangat Komuniti

Berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2026 di Shah Alam, kejohanan yang dianjurkan bersama KL Pickle Buddies (KLPB) ini dijangka menghimpunkan pemain pickleball dari pelbagai peringkat dalam satu acara yang penuh aksi dan persaingan sihat.
Bermula seawal jam 8 pagi, peserta bakal disajikan dengan dua hari yang dipenuhi perlawanan kompetitif, aksi mendebarkan dan peluang untuk bertemu pemain lain yang berkongsi minat yang sama.
Bagi ramai pemain, inilah peluang terbaik untuk keluar daripada zon selesa dan melihat sendiri sejauh mana tahap permainan mereka apabila berdepan lawan yang berbeza.
Ada 9 Kategori Untuk Korang Pilih
Tak kira sama ada korang pemain yang baru mula serius atau sudah aktif bermain sejak sekian lama, kejohanan ini menyediakan kategori yang sesuai mengikut tahap kemahiran masing-masing.
Men’s Singles
- < 4.0
Men’s Doubles
- < 2.8
- < 3.4
- < 4.0
Women’s Doubles
- < 2.8
- < 3.4
Mixed Doubles
- < 2.8
- < 6.2
- < 7.4
Menariknya, kejohanan seperti ini bukan sekadar tentang menang atau kalah.
Ia juga peluang untuk mengukur kemampuan sendiri, menimba pengalaman pertandingan sebenar dan membina keyakinan untuk terus berkembang dalam sukan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.
Mana tahu selama ini korang hanya beraksi hebat dalam kalangan kawan-kawan sendiri, rupanya mampu memberi saingan sengit kepada pemain lain juga.
Kenapa Ramai Pilih Bermain Di Picklefy?
Bagi komuniti pickleball tempatan, Picklefy bukanlah nama yang asing.
Terletak di Shah Alam, lokasi ini menawarkan 14 gelanggang pickleball dengan ruang permainan yang luas dan selesa untuk sesi latihan mahupun pertandingan.
Selain itu, Picklefy turut dilengkapi dengan ball machine serta kemudahan premium yang membantu pemain meningkatkan kemahiran permainan mereka.
Namun apa yang benar-benar membuatkan ramai pemain kembali ke sini ialah suasana komuniti yang cukup meriah dan mesra.
Daripada sesi permainan santai hinggalah ke pertandingan yang kompetitif, Picklefy berjaya menjadi tempat pertemuan pemain baharu dan berpengalaman untuk berkongsi minat yang sama terhadap sukan ini.
RM54,800 Menanti Pemenang!

Kalau korang perlukan lebih banyak sebab untuk menyertai tournament ini, hadiah keseluruhan yang ditawarkan mungkin sudah cukup untuk membuatkan ramai terus mendaftar.
Dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM54,800, peserta bukan sahaja berpeluang menguji kemampuan di gelanggang, malah membawa pulang ganjaran lumayan sekiranya berjaya muncul antara yang terbaik.
Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada Tradona Market sebagai penaja platinum, menjadikan sambutan ulang tahun pertama Picklefy lebih meriah dan istimewa.
Maklumat Kejohanan
Acara: Picklefy 1st Anniversary Tournament
Tarikh: 27 & 28 Jun 2026
Masa: 8 pagi
Lokasi: Picklefy, Shah Alam
Jumlah Hadiah: RM54,800
Pendaftaran boleh dibuat di: https://www.sportssync.asia/tournament/230
Jadi, kalau selama ini korang asyik bermain friendly match hujung minggu dan tertanya-tanya sejauh mana kemampuan sebenar di gelanggang, mungkin inilah masanya untuk mendapatkan jawapan.
Siapa tahu, tournament pertama ini bukan sahaja memberi pengalaman yang sukar dilupakan, malah mungkin menjadi permulaan kepada lebih banyak kemenangan selepas ini. Maklumat lanjut layari: https://www.instagram.com/picklefy.official/.
NOTIS PENTING
Hadiah bagi mana-mana kategori yang tidak mencapai kuota pendaftaran penuh akan diselaraskan mengikut jumlah pasukan yang mendaftar.
