Connect with us

Oh! Media

KBS Nafi Hanya Bantu Hakim Danish Selepas Menang Moto3

Ohmedia hakim danish

Oh! Arena

KBS Nafi Hanya Bantu Hakim Danish Selepas Menang Moto3

KBS jelas sokongan terhadap Hakim Danish sudah bermula sejak 2021 menerusi pembangunan bakat sukan permotoran.

Kejayaan Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta sejarah di Grand Prix Republik Czech memang buat ramai rakyat Malaysia bangga. Tapi dalam masa sama, timbul pula dakwaan kononnya bantuan kepada pelumba muda negara itu hanya datang selepas dia mula mencuri perhatian dunia.

Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan menegaskan perkara itu tidak tepat. Menurut kementerian itu, perjalanan Hakim Danish dalam dunia permotoran sebenarnya sudah disokong secara berperingkat sejak tahun 2021 lagi.

KBS jelas salah faham berkait Hakim Danish

Kredit Foto Hakim Danish

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, dakwaan yang tular di media sosial seolah-olah KBS hanya mula membantu Hakim selepas kejayaannya di Moto3 adalah tidak benar.

IKLAN

Beliau menjelaskan, pelumba berusia 18 tahun itu sudah berada dalam ekosistem pembangunan bakat sukan permotoran negara sejak beberapa tahun lalu.

Persepsi tersebut tidak benar kerana pembangunan beliau telah disokong secara berperingkat sejak tahun 2021 melalui laluan pembangunan bakat sukan permotoran seperti Asia Talent Cup, European Talent Cup, Red Bull Rookies Cup, JuniorGP sehinggalah ke Kejuaraan Dunia Moto3.- Katanya.

Kos pembangunan Hakim Danish hampir RM9 juta

Kredit Foto Hakim Danish

Menurut Taufiq, kos pembangunan bakat Hakim Danish menerusi program Impian ke MotoGP bagi tempoh 2021 hingga 2025 mencecah RM8.93 juta.

Jumlah itu melibatkan latihan, pendedahan serta penyertaan pelumba muda negara berkenaan di pentas antarabangsa. Pendek kata, perjalanan Hakim bukan berlaku semalaman.

Untuk tahun ini pula, kerajaan meneruskan komitmen dalam pembangunan sukan permotoran dua roda dengan peruntukan RM1.8 juta. Jumlah itu termasuk RM800,000 menerusi Geran Padanan Sukan dan RM1 juta melalui Program Pembangunan Bakat Litar Antarabangsa Sepang.

Bukan Hakim Danish seorang

Kredit Foto Hakim Danish

Dalam masa sama, Taufiq berkata sokongan KBS bukan hanya tertumpu kepada Hakim Danish semata-mata.

Beberapa pelumba muda lain seperti Qabil Irfan Azlan, Qayyim Razin Razali dan Sharf Muhriz turut berada dalam perhatian sebagai bakat pelapis negara. Nampaknya, usaha membina generasi baharu dalam sukan permotoran memang sedang berjalan, cuma mungkin tak semua orang nampak di belakang tabir.

Selain itu, Litar Antarabangsa Sepang turut menyediakan dana awal berjumlah RM453,808 melalui dana dalaman termasuk penggunaan MotoGP Rebate. Dana itu bagi memastikan penyertaan Hakim dalam Kejuaraan Dunia Moto3 musim 2026 dapat diteruskan.

Pssttt! Bila atlet negara berjaya, memang mudah untuk kita nampak hasil akhirnya saja. Tapi di sebalik podium dan sorakan tu, ada proses panjang yang makan masa, kos dan kesabaran. Apa pun, semoga Hakim Danish terus bawa nama Malaysia lebih jauh, dan lebih ramai bakat muda diberi ruang untuk bersinar.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas