Connect with us

Oh! Media

Diskaun Tol 50 Peratus Sepanjang Musim Perayaan Untuk Rakyat Malaysia

Ohmedia 4c4c3b5a 830d 497f 8619 0fe88c5397d7

Oh! Negara

Diskaun Tol 50 Peratus Sepanjang Musim Perayaan Untuk Rakyat Malaysia

Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila Kerajaan umumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk dinikmati oleh pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan tahun ini! 

Kerajaan bantu ringankan beban rakyat

00f34132 8e79 40a7 b1b2 5ed35ba68672

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Menurutnya, langkah ini diambil untuk  meringankan beban rakyat yang pulang ke kampung untuk menyambut perayaan bersama keluarga.

Jadi, keputusan itu memang tetap dan tak ada lagi pada tahun ini (tol percuma). Seperti sedia maklum, minggu lepas Tahun Baru Cina bukan diberi tol percuma tetapi diskaun 50 peratus.

Disebabkan itu, Aidilditri dan perayaan lain tahun ini kita akan buat diskaun 50 peratus.

Keputusan dibuat Kerajaan Madani

Tol

Untuk pengetahuan korang, kerajaan telah menetapkan keputusan itu dalam mesyuarat Kabinet 24 Januari lepas. Langkah ini juga selari dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan subsidi agar lebih tertumpu kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

IKLAN

Semua tol dibiayai oleh kerajaan dan bukan dibiayai syarikat konsesi. Saya berharap rakyat tahu akan perkara ini.

Kalau tol percuma, kita menggunakan lebih RM 100 juta setahun. Jika diskaun 50 peratus, kira-kira RM 80 juta kerajaan akan bayar kepada syarikat konsesi dan penjimatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak korang dapat berjimat dalam perjalanan pulang ke kampung nanti. 

Ohmedia 4c4c3b5a 830d 497f 8619 0fe88c5397d7

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas