Connect with us

Oh! Media

Branded

Lebih Real, Lebih Besar, Lebih Puas, Setiap Rumah Wajib Ada Keperluan Ini

Pernah tak terpaksa bangun dari sofa untuk tengok lebih dekat dengan apa dipaparkan di skrin TV? Dari anak-anak kecil sampai la dewasa, semestinya tidak menafikan lebih suka menikmati rancangan, filem atau series dengan lebih terperinci. Tapi kalau skrin TV biasa, terpaksalah bangun dan mendekat dengan skrin kan?

Kini tidak lagi dengan LG NanoCell yang menukarkan TV kepada pengalaman tontonan dalam panggung wayang sekaligus menawarkan pengalaman VIP. Apa lagi bestnya LG NanoCell TV ini? Jom kami kongsikan kenapa korang kena ada TV ini di rumah!

Kepuasan tontonan dengan Pure Color

Dengan ciri Pure Color, warna yang terhasil pada skrin nyata terang dan realistik. Jadi, tontonan akan jadi lebih real. Bayangkan menonton dokumentari hidupan liar di safari, atau pemandangan indah di pergunungan Swiss, memang puas hati guys!

LG NanoCell TV ini menggunakan NanoCell technology tersendiri untuk menapis dan memperincikan warna untuk membuang cela dari jarak gelombang Red Green Blue (RGB). Seterusnya, apa yang terpapar adalah warna yang tepat dan asli di skrin, 100% ketepatan warna diperakui Intertek.

Bagi memberi lebih butiran, ciri Local Dimming* memberikan zon suram pelbagai yang boleh dikawal untuk lebih menonjolkan warna hitam selain memberi lebih fokus untuk babak gelap. Ini juga mengelak backlight bleeding dan efek halo. (*Hanya untuk 55”/65”/75” NANO86)

Skrin Ultra Besar

Skrin bersaiz 86 inci pastinya memberikan pengalaman tontonan mengasyikkan. Segalanya lebih REAL, lebih BESAR dan lebih PUAS untuk ditonton. Seakan terpaku di depan TV setiap kali menikmati rancangan kegemaran di Netflix, Disney+ Hotstar dan Apple TV bersama keluarga dan yang tersayang. Memang tak cari TV lain dah lebih-lebih lagi dengan kualiti ultra tinggi.

Hiburan Tanpa Had

Prosesor α7 Gen 4 AI* yang menggunakan algoritma pembelajaran mendalam akan menganalisis dan mengoptimumkan apa yang ditonton menjadikan segalanya lebih luar biasa. Ditambah pula dengan fungsi Dolby Vision IQ dan Dolby Atmos menjamin tontonan seperti dalam panggung wayang, tapi lebih baik sebab korang berada dalam keselesaan rumah! (*Hanya untuk 55”/65”/75” NANO86 dan 86NANO75)

Bagi gamer pula, jangan risau sebabnya LG NanoCell TV ini juga dilengkapi AMD FreeSync™ Premium, VRR dan sesuai dengan port HDMI 2.1*. Input lag pun rendah, kerana kadar segar semula 120Hz jadi boleh layan game tanpa masalah. (Hanya untuk 55”/65”/75” NANO86 dan 86NANO75)

Siapa pernah tertinggal game pasukan kegemaran sebab terlupa atau terlalu sibuk dengan kerja atau keluarga? Aduh, kecewa betul kan? Tapi tak perlu lagi sebabnya LG NanoCell TV ini akan memberikan notifikasi sebelum, ketika dan selepas perlawanan. Lega!

Pengalaman VIP

Alami tontonan pengalaman VIP dengan LG NanoCell ini yang menggunakan teknologi NanoCell bagi memberikan kualiti warna paparan berkualiti ultra tinggi menjamin kepuasan tontonan. Hasilnya, apa yang terpapar adalah 100% Color Consistency yang disahkan oleh makmal penguji keselamatan dan kualiti dunia, Intertek. 

Ciri LG ThinQ AI iaitu kawalan menggunakan suara serta teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadikan LG NanoCell TV adalah barangan wajib ada untuk kelengkapan rumah pintar korang. Barulah boleh merasai pengalaman VIP sebenar, guna suara je boleh kawal TV!

Bagi keterangan lebih terperinci mengenai LG NanoCell TV ini boleh korang dapatkan DI SINI, kemudian boleh buat pesanan di LG Official store di Shopee dan LG Flagship store Lazada atau menuju ke LG Authorized Dealers yang khabarnya ada sale tak boleh dilepaskan.

Trio Bonanza Sale-brations 2021

Bagi menghargai pelanggan, LG ada promo hebat Trio Bonanza Sale-brations 2021 yang wajib korang dapatkan bermula 15 November hingga 31 Disember 2021. Ada rebat tunai sehingga RM1,000 dalam bentuk kredit Touch n’ Go eWallet apabila korang membeli barangan LG terpilih. Boleh jimat banyak tu!

Untuk Mix & Match, tak perlu pening lagi fikir mahu beli yang mana satu keperluan rumah. Sebabnya korang boleh mix & match barangan LG terpilih untuk nikmati kredit Touch n’ Go eWallet berganda!

Nak menang RM1,000 kredit Touch n’ Go eWallet? Dengan hanya membeli LG barangan terlibat promosi, korang layak menyertai cabutan bertuah ini. Tapi kena cepat kerana terhad untuk 100 pelanggan sahaja. Cepat shopping sekarang!

Bukan tu je, dengan setiap produk LG PuriCare™ dibeli, korang juga layak menikmati pembelian dengan pembelian (PWP). Kredit Touch n’ Go eWallet RM100 korang boleh tebus sekali (1) untuk setiap transaksi dan invois. Untuk maklumat lanjut mengenai LG Trio Bonanza Sale-brations 2021, boleh klik di SINI.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas