Branded
Pasang Aircond Punca Bil Elektrik Melambung? Lepas Ni On Je LG ARTCOOL™ Lagi Cepat Sejuk & Jimat Tenaga
Oleh
Bahang haba sekarang memang tak boleh bawa bincang, panas tu dari siang sampai ke malam. Kalau tak buka aircond confirm ‘berkicap’.
Paling stress bila buka aircond sepanjang hari ni, mulalah bil elektrik melambung. Tambah pula dengan pengumuman kerajaan mengenakan SST sebanyak 8% bagi penggunaan elektrik lebih 600 kWj sebulan. Pening tengok bil macam ni!
Cara terbaik gunakan peralatan rumah pintar daripada LG ARTCOOL™. Elektrik jimat dan wang pun jimat!
Peralatan Rumah Mesra Alam: Nikmati Penjimatan Tenaga dengan LG ARTCOOL
Bayangkan, cuaca panas terik di luar, tapi dalam rumah korang dapat menikmati kesejukan dan kesegaran tanpa perlu risau tentang bil elektrik yang melambung tinggi.
Bagaimana mungkin?
Jawapannya gunalah penyaman udara LG ARTCOOL™ yang bijak dan mesra alam.
Salah satu ciri hebat penyaman udara LG ARTCOOL™ ini adalah penjimatan tenaga. Dengan teknologi terkini, ia direka untuk memastikan rumah kekal sejuk sambil mengurangkan penggunaan elektrik.
LG ARTCOOL™ dapat menyejukan ruang sehingga 40% lebih pantas berbanding penyaman udara tradisional. Tak perlu tunggu lama nak tunggu ruangan jadi sejuk. Macam ni, korang boleh santai-santai dalam rumah tanpa perlu bimbang tentang kos elektrik yang tinggi.
Teknologi inverter bantu menjimatkan elektrik
Kalau korang nak tahu, rahsia penjimatan tenaga LG ARTCOOL™ terletak pada teknologi Dual Rotary Inverter. Teknologi ini membolehkan penyaman udara mengawal kuasanya dengan bijak dan dapat menjimatkan elektrik sehingga 70%.
Apabila suhu sudah mencapai tahap yang diinginkan, penyaman udara ini akan mengurangkan kuasa untuk menjimatkan tenaga. Korang tak akan dengar bunyi bising atau merasakan suhu berubah-ubah seperti penyaman udara tradisional.
Warna yang ditawarkan juga ‘cool’ dengan pilihan variasi pantulan cermin (reflective mirror) dan hijau yang menyegarkan (refreshing green).
Kawal LG ARTCOOL™ dengan aplikasi ThinQ
Tetapi itu bukan sahaja ciri yang hebat, LG ARTCOOL™ turut dilengkapi dengan kawalan pintar yang boleh dihubungkan dengan aplikasi telefon pintar, ThinQ. Bayangkan, korang boleh hidupkan atau mematikan penyaman udara dari mana-mana sahaja, dan korang juga boleh tetapkan waktu yang tepat untuk penyejukan yang lebih cekap.
So, balik rumah je rumah dah sejuk, umpama menantikan kehadiran korang balik. Syok tu!
LG ARTCOOL™ kurangkan impak negatif terhadap alam
Penyaman udara menggunakan refrigeran mesra alam. Ini bermakna ia tidak hanya menjimatkan tenaga tetapi juga mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.
Penyaman udara LG ARTCOOL™ ini menggunakan salutan anti-karat eksklusif LG “Gold Fin TM” yang melindungi peralatan elektrik walaupun terdedah pada iklim yang tidak menentu. Jadi korang tak perlu risau untuk menikmati udara sejuk di rumah.
Reka bentuk estetik untuk ruangan rumah impian
Bosan dengan warna dan reka bentuk penyaman udara yang seakan sama? LG ARTCOOL™ hadir dengan reka bentuk yang anggun dan ia juga beroperasi dalam keadaan yang senyap.
Jadi, ia bukan saja berfungsi dengan hebat malah buatkan ruangan korang kelihatan lebih estetik. Tiada lagi bunyi bising yang mengganggu atau rekaan penyaman udara yang ketinggalan zaman.
Dengan semua ciri ini, LG ARTCOOL™ adalah pilihan yang hebat bagi sesiapa yang mencari penyaman udara yang cekap, mesra alam, dan bergaya. Kini, korang boleh menikmati kesejukan dengan tenang tanpa perlu risau tentang bil elektrik yang melambung tinggi.
Maklumat lanjut mengenai LG ARTCOOL™ layari laman web rasmi LG atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.