Branded
Masih Berpeluh Walaupun Dah Buka Penghawa Dingin? Tukar Kepada LG, Lebih Jimat & Sangat Menyejukkan!
Oleh
Dengan cuaca panas terik sekarang ni, kalau dapat duduk dalam bilik dan buka penghawa dingin mesti best kan?
Tapi, tu lah, setiap kali nak buka penghawa dingin saja, mesti kena tunggu lama untuk udara sejuk keluar memenuhi ruang bilik. Belum cerita lagi bil elektrik melambung kalau buka lama…
Haa, kalau korang mengalami situasi macam ni, jangan risau. Tukar saja kepada pendingin baru dengan langgan penghawa dingin daripada LG! Psst, ada banyak kelebihan tau, paling penting penghawa dingin LG terbaik daripada jenama lain dalam pasaran!
Bil Elektrik Selamat, Penghawa Dingin LG Tawar 70% Penjimatan Tenaga
Bila kita nak menggunakan penghawa dingin, benda pertama terlintas dalam fikiran mesti tentang bil elektrik betul tak? Haa, masa ni mulalah terfikir, nak guna sekejap ke atau lama…
Tapi, tahu tak korang boleh menggunakan penghawa dingin selama mana yang korang nak dengan LG tanpa perlu risau tentang bil elektrik melambung? Seriuslah?
Kalau korang nak tahu, penghawa dingin LG sememangnya menjimatkan tenaga sebab ia mempunyai 5 Bintang Cekap Tenaga serta direka dengan ciri LG DUALCOOL yang bertindak untuk mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 70% tau!
Berbeza dengan kompresor konvensional lain, yang hanya boleh menghidupkan atau mematikan, dan menggunakan banyak tenaga, teknologi LG Inverter mampu mengawal penggunaan tenaga dengan tepat untuk mencapai suhu yang korang nak.
Bukan itu saja, penghawa dingin LG juga mempunyai ciri DUAL Inverter Compressor, di mana ia mempunyai Twin Rotors di dalam, untuk menghasilkan kecekapan tenaga dan penyejukan lebih pantas. Sebab itulah ia mampu untuk menjimatkan tenaga.
Manakala, rugi kalau korang dapatkan penghawa dingin yang hanya mempunyai satu rotary saja sebab ia akan menggunakan lebih banyak tenaga lagi-lagi apabila ingin menghasilkan kesejukan.
Memandangkan Twin Rotors ini membenarkan julat frekuensi putaran yang lebih luas, ia boleh beroperasi dengan sangat perlahan untuk menjimatkan tenaga, dan ia juga boleh beroperasi dengan sangat pantas untuk penyejukan segera.
Dengan ciri DUAL Inverter Compressor ini, ia boleh berjalan pada kelajuan putaran rendah sehingga 10Hz, bagi menjimatkan lebih banyak tenaga.
Selain itu, ia juga mempunyai frekuensi putaran yang lebih luas, bagi menjimatkan lebih banyak tenaga dan mempunyai julat penyejukan kelajuan yang lebih tinggi daripada kompresor konvensional.
Kami yakin mesti korang akan tertanya, kalau menggunakan DUAL Inverter Compressor, mesti kos untuk tukar ganti ia mahal betul tak? Jangan risau, kalau korang langgan penghawa dingin LG, korang akan menerima 10 tahun waranti untuk kompresor tau. Baguskan?
40% Lebih Pantas, Tak Perlu Tunggu Lama Untuk Sejuk Dengan Penghawa Dingin LG
Biasa kalau kita buka penghawa dingin, mesti kita kena tunggu agak lama untuk rasa sejuk betul tak? Waktu ni kalau tengah panas terik dan tengah berpeluh, memang rasa nak marah!
Sebab itulah korang kena tukar penghawa dingin lama dan langgan penghawa dingin LG!
Memandangkan ia mempunyai ciri DUAL Inverter Compressor, yang juga boleh berjalan pada kelajuan yang sangat tinggi sehingga 120Hz, ia akan menyejukkan badan korang 40% lebih cepat daripada mana-mana penghawa dingin konvensional yang lain tau!
Psst, kalau korang tak tahu, kebanyakan penghawa dingin di pasaran sekarang hanya mampu berjalan pada kelajuan dari 50 hingga 60 Hz saja tau. Sebab itulah lambat nak sejuk.
Selain itu, penghawa dingin LG ini juga mempunyai kipas 25% lebih besar yang dapat mengeluarkan tiupan udara yang lebih kuat.
Paling best, ia juga mempunyai saluran keluar yang lebih luas yang direka secara optimum untuk mengeluarkan udara lebih jauh dan menyejukkan ruang dengan lebih cepat.
Udara Sentiasa Bersih, Banyak Lagi Kelebihan Langgan Penghawa Dingin LG!
Selain daripada jimat tenaga dan menawarkan pengudaraan sejuk dengan lebih pantas, ada banyak lagi kelebihan yang ada pada penghawa dingin LG yang tak ada pada penghawa dingin lain di pasaran tau!
1. Kawal Penghawa Dingin Dengan LG ThinQ
Zaman bila pakai remote untuk hidup dan matikan penghawa dingin ni?
Dengan aplikasi LG ThinQ, korang boleh kawal penghawa dingin hanya di hujung jari menggunakan telefon, TV atau pembesar suara AI saja tau! Baguskan?
2. Tenang Tanpa Sebarang Gangguan
Tipulah kalau korang tak pernah terjaga sebab bunyi penghawa dingin tengah-tengah malam betul tak?
Jangan risau, dengan ciri LG DUALCOOL, ia berputar mengimbangi satu sama lain dengan kelajuan tinggi, serta mengurangkan bunyi secara mendadak.
Dengan tahap hingar rendah (19dB) yang jauh lebih senyap berbanding di perpustakaan (36dB), ciri LG DUALCOOL pada penghawa dingin ini akan memberikan ketenangan kepada korang yang sedang lena dibuai mimpi.
3. Penghawa Dingin Kekal Bersih
Kalau korang langgan penghawa dingin LG, korang tak perlu risau tentang kebersihan sebba ia mempunyai fungsi Auto Cleaning tau.
Menerusi ciri ini, ia dapat mengeringkan kelembapan di dalam penghawa dingin, membantu dalam penyingkiran kelembapan dan bau.
Apabila operasi penyejukan tamat, fungsi Auto Cleaning diaktifkan secara automatik, menjalankan kipas untuk tempoh tertentu untuk mengeringkan penukar haba dengan aliran udara.
4. Ruang Udara Yang Bersih
Allergy Filter adalah penapis bersalut khas menyerap bahan berbahaya yang boleh menyebabkan alahan.
Penghawa dingin ini menyerap udara dalaman dengan kuat dan mengeluarkan bahan alergen dengan menghalang pengaktifan protein alahan terapung di udara.
5. Hirup Udara Yang Lebih Segar
Plasmaster Ionizer menjanakan lebih daripada 8 juta ion untuk membuang bakteria yang melekat pada perabot atau pakaian.
Baguskan penghawa dingin LG ni? Mudah, jimat, bersih dan paling penting, menyamankan!
Lebih Berbaloi Langgan Penghawa Dingin LG, Boleh Dapat Hadiah Lumayan!
Tak cukup dengan semua kelebihan ini, LG juga nak beri hadiah lumayan khas buat korang yang melanggan penghawa dingin LG tau!
Dengan harga langganan bermula daripada RM80/sebulan (bergantung kepada produk), korang berpeluang untuk nikmati ganjaran seperti berikut:
Langgan 1 hingga 2 unit: PERCUMA Set Kutleri Keluli Tahan Karat LG Premium (bernilai RM250)
Langgan sehingga 3 unit: Penulen Udara HIT LG PuriCareTM PERCUMA (Bernilai RM 1,900)
Bukan itu saja, korang juga akan dapat khidmat penyelenggaraan secara PERCUMA selama 5 tahun. Baguskan?
Selain itu, 5 pemenang bertuah akan dipilih setiap bulan untuk memenangi PuriCare™ Aerofurniture Penulenan Udara bernilai RM 2,500.
Dasyatkan LG ni? Barangan ada banyak manfaat, siap nak bagi hadiah lumayan lagi!
Jadi, korang tunggu apa lagi dengan penghawa dingin lama dekat rumah tu? Cepatlah tukar dan langgan penghawa dingin LG sekarang.
Tempoh kempen ini bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2025 saja tau. Jangan tunggu lama-lama, nanti korang menyesal!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi LG, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.