Connect with us

Oh! Media

Kes Batuk Kokol Semakin Meningkat, Ini Simptom Dan Rawatannya

Batuk

Oh! Lifestyle

Kes Batuk Kokol Semakin Meningkat, Ini Simptom Dan Rawatannya

Setakat 19 Ogos lalu, sebanyak 329 kes Pertussis atau batuk kokol dengan 23 kematian dilaporkan di seluruh negara.

ADVERTISEMENT

Dalam jumlah itu, Sabah merekodkan kes tertinggi sebanyak 181 kes, diikuti Selangor 51 kes, Kuala Lumpur dan Putrajaya 15 kes. Manakala, Pahang dan Perak 13 kes diikuti Melaka dan Negeri Sembilan 12 kes dan Johor sembilan kes.

Lapor KKM, jangkitan adalah terkawal namun orang ramai harus berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya.

Apa itu batuk kokol?

Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong. Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.

Malah, batuk ini mudah dijangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.

Namun, jika mempunyai vaksin seperti DTaP dan Tdap ia boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Batuk Kokol

Simptom-simptom

Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.

  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat dengan mukus
  • Mata merah dan berair
  • Demam
  • Batuk

Batuk Kokol

Tetapi selepas seminggu atau 2 minggu, simptom-simptomnya akan bertambah teruk.

  • Merangsang untuk muntah
  • Menyebabkan muka menjadi merah atau biru
  • Menyebabkan kepenatan melampau
  • Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas

Pada waktu ini, korang perlu segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Oleh kerana, tanda dan simptom batuk ini sama seperti penyakit pernafasan iaitu selsema, atau radang bronkus (bronchitis), diagnosis untuk kondisi korang sukar untuk dibuat.

Jika doktor korang hendak memastikan diagnosis itu betul, korang boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.

Maksud ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria pertussis tersebut.

Batuk Kokol

Dalam pada itu, ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.

Manakala, X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pneumonia menjadi komplikasi daripada batuk dan jangkitan pernafasan yang lain.  

Sementara itu, korang juga seharusnya minum air secukupnya dan pastikan udara disekeliling korang bersih bagi menghapuskan bahan penggalak kepada batuk seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.

Kredit: HelloDoktor l UtusanMalaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Isu kesihatan ni jangan ambil mudah ya!

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Batuk
  • Batuk

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas