Oh! Negara
Anwar Ibrahim Betulkan Fakta! Peruntukan Ke Johor Lebih Besar Dari Hasil Negeri
Anwar Ibrahim berkata peruntukan Johor mencecah RM16 bilion, lebih tinggi berbanding hasil RM14 bilion kepada Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan jumlah peruntukan Johor yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak tiga tahun lalu.
Menurut beliau, angka itu penting untuk menjawab dakwaan seolah-olah Johor tidak menerima pulangan setimpal daripada hasil yang disumbangkan kepada kerajaan pusat.
Johor sumbang RM14 bilion

Memetik laporan Sinar Harian, Anwar berkata rekod Kementerian Kewangan menunjukkan Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion kepada Persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025.
Namun begitu, jumlah yang disalurkan semula kepada negeri itu menerusi pelbagai projek pembangunan, perbelanjaan pengurusan dan program berkaitan mencecah RM16 bilion.
Berapa kita beri balik melalui pelbagai projek, pengurusan dan pembangunan keseluruhannya? Sejumlah RM16 bilion untuk negeri Johor.- Katanya.
Peruntukan mengurus turut meningkat

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ketika pentadbiran terdahulu, Johor menerima peruntukan perbelanjaan mengurus sekitar RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun. Namun di bawah Kerajaan Madani, jumlah itu meningkat kepada RM8.7 bilion.
Jelas beliau, peningkatan tersebut menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Johor terus diberi perhatian.
Berdasarkan data yang dibentangkan, Johor kini menjadi negeri ketiga terbesar menerima Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2026 selepas Sabah dan Sarawak.

Peruntukan mengurus Johor meningkat daripada RM7 bilion pada 2022 kepada RM8.7 bilion pada 2026, manakala peruntukan pembangunan pula naik daripada RM2.3 bilion kepada RM4.8 bilion.
Johor juga dilaporkan menjadi negeri kedua tertinggi menerima bantuan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah selepas Selangor.
Pssttt! Dalam isu peruntukan Johor ini, apa yang paling penting ialah rakyat dapat lihat hasilnya di lapangan. Angka besar memang nampak gah, tapi akhirnya pembangunan, bantuan dan kebajikan rakyat juga yang akan jadi ukuran sebenar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
