Connect with us

Oh! Media

“Maklumlah Dah Anak Tiga” – Influencer Selamba Kongsi Buat Rawatan Miss V Bagi Putih Dan Ketat

Ohmedia laser Miss V Influencer

Trending

“Maklumlah Dah Anak Tiga” – Influencer Selamba Kongsi Buat Rawatan Miss V Bagi Putih Dan Ketat

Mufti WP tegaskan rawatan boleh jadi haram jika dibuat untuk kecantikan semata-mata.

Tindakan seorang influencer yang memuat naik video rawatan laser pada bahagian intim atau ‘Miss V’ telah mengundang kritikan ramai.

Dalam perkongsian tersebut, dia secara terbuka berkongsi pengalaman menjalani prosedur vaginal tightening dan pemutihan.

“Buat laser bagi ketat”

Influencer

Katanya, prosedur itu dilakukan di sebuah klinik estetik dan hanya sedikit tidak selesa ketika alat besi dimasukkan.

IKLAN

Dia turut menyeru para wanita terutama ibu yang sudah melahirkan ramai anak untuk mencuba rawatan tersebut bagi tingkatkan keyakinan diri.

Ramai terkedu, ada yang pertikai hukum

Influencer

Di ruangan komen perkongsian, ramai netizen mempersoalkan kewajaran berkongsi rawatan sebegitu secara terbuka.

Ada yang risau trend ini bakal normalisasikan rawatan melibatkan bahagian sulit wanita tanpa batasan, hingga lupa batas agama dan maruah diri.

Penjelasan daripada Mufti Wilayah

Laser Miss V

Penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa hukum rawatan laser ini harus, jika memenuhi syarat-syarat tertentu.

Antaranya, rawatan mesti dilakukan oleh doktor wanita Muslim dan atas keperluan perubatan, bukan semata-mata kecantikan atau ikut trend.

Harus bagi tujuan merawat penyakit atau kecacatan akibat kesan kemalangan agar dapat mengembalikan bentuk asal serta fungsinya. Ia dikategorikan sebagai maslahah daruriyyat (keperluan mendesak). Wanita yang ingin mendapatkan rawatan tersebut hendaklah mengutamakan pilihan doktor muslim wanita dahulu.

Namun begitu, hukum rawatan tersebut boleh menjadi haram jika:

Haram bagi tujuan kosmetik (tahsiniyyat) semata-mata mahupun meningkatkan kepuasan seks pasangan. Selain itu, berlaku fitnah yang besar kerana terdedah aurat yang bukan tujuan keperluan perubatan.

Jelas di sini bahawa bukan semua prosedur seperti ini boleh dilakukan sesuka hati, apatah lagi jika hanya kerana trend atau ingin kelihatan ‘cantik’ di media sosial.

Pssttt! Tak salah nak jaga keyakinan diri, tapi biarlah berpada. Bila rawatan Miss V dikongsi tanpa tapisan, kita khuatir hilang rasa malu yang sepatutnya dijaga. Ingat, kalau bukan sebab perubatan dan langgar syarat agama – rawatan macam ni boleh jadi haram. Jangan ikut trend sampai lupa batas!

Kredit: Threads Sasha Abdul Aziz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas