Connect with us

Oh! Media

“UMNO Bukan Parti Warisan Anak-Beranak” – Asyraf Wajdi Dakwa Puad Zarkashi Ugut Keluar Parti Jika Anak Tak Dipilih Calon

Ohmedia asyraf Dusuki Puad

Oh! Negara

“UMNO Bukan Parti Warisan Anak-Beranak” – Asyraf Wajdi Dakwa Puad Zarkashi Ugut Keluar Parti Jika Anak Tak Dipilih Calon

Asyraf Wajdi dakwa Puad Zarkashi ugut keluar UMNO jika anaknya tidak dipilih sebagai calon DUN Rengit.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan keluar parti itu serta-merta.

Memetik laporan Berita Harian, Puad mendakwa keluar UMNO kerana parti itu tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal oleh istana.

Dakwa Puad ugut keluar UMNO kerana anak

Terbaru! Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa dukacita dengan pengumuman tersebut. Namun dakwanya alasan yang diberikan Puad adalah berbaur fitnah.

IKLAN
dr asyraf dusuki

Menurut Asyraf, Puad sebelum ini didakwa pernah menghubunginya dan mengugut untuk meninggalkan parti sekiranya kepimpinan tertinggi UMNO tidak mempertimbangkan anaknya sebagai calon di Dewan Undangan Negeri Rengit.

Asyraf berkata, anak Puad sememangnya masih muda dan mempunyai potensi untuk dilatih sebagai pemimpin.

Namun, jelasnya, parti perlu mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum memilih seseorang untuk bertanding dalam pilihan raya.

Beliau turut menyifatkan tindakan seorang pemimpin lama mengugut parti bagi memastikan anaknya dipilih menggantikan tempatnya sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Puad mahu anak jadi pelapis di DUN Rengit

Asyraf turut berkongsi tangkap layar perbualan yang didakwa membabitkan Puad. Dalam mesej tersebut, Puad memaklumkan bahawa beliau telah membuat keputusan sejak setahun lalu untuk tidak lagi bertanding di DUN Rengit kerana faktor usia.

Puad dalam mesej sama didakwa berkata beliau akan mengundurkan diri daripada UMNO sekiranya cadangannya tidak dipertimbangkan dalam pemilihan calon.

Dr Asyraf Dusuki

Dalam satu lagi mesej, Puad menjelaskan tindakannya itu sebagai satu bentuk protes dan bukannya kerana sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan UMNO.

Puad juga didakwa menyatakan bahawa beliau akan mengkritik serta membuat pendedahan mengenai kepincangan UMNO selepas meninggalkan parti.

Asyraf mendakwa ini bukan kali pertama Puad mengugut untuk keluar parti apabila kehendaknya tidak dipenuhi.

Menurutnya, Puad juga pernah mengugut untuk meninggalkan UMNO ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Presiden UMNO sekiranya tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat.

Beliau menegaskan perjuangan UMNO jauh lebih besar daripada kepentingan peribadi, tuntutan keluarga atau rasa kecewa seseorang individu.

Asyraf turut menyifatkan tindakan mengugut dan menghentam parti selepas menerima pelbagai peluang, kedudukan serta manfaat sebagai sesuatu yang amat tidak wajar.

Beliau menegaskan UMNO perlu terus berdiri sebagai parti perjuangan bangsa, agama dan tanah air tanpa tunduk kepada sebarang tekanan individu.

Pssttt! Kemelut ini memperlihatkan pertikaian dalaman yang semakin terbuka antara dua tokoh UMNO. Apa pun dakwaan yang dibangkitkan, kedua-dua pihak wajar menjelaskan perkara sebenar secara telus agar orang ramai dapat menilai isu ini dengan adil.

Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas