Connect with us

Oh! Media

(GAME) Kumpul Mata Tertinggi Game Ini, McD Nak Belanja Burger Baru. Bukan Biasa-Biasa!

Branded

(GAME) Kumpul Mata Tertinggi Game Ini, McD Nak Belanja Burger Baru. Bukan Biasa-Biasa!

Bila ke McDonald’s asyik order menu sama je, mesti bosan kan? Tapi sekarang untuk rasai kelainan. McDonald’s ada menu baru guys! Memperkenalkan Burger Ayam Pedas McCrispy baharu untuk penggemar makanan pedas.

Apa yang lainnya Burger Ayam Pedas McCrispy ini? Menu ini menggunakan Patty Ayam Pedas yang digoreng rangup diluar, juicy di dalam, diapit bun oblong yang gebu. Menambah kesegaran, daun salad disertakan bersama sos istimewa cili bawang putih. Hangatnya cukup terasa. Bayangkan pun dah kecur air liur.

Untuk memeriahkan pelancaran Burger Ayam Pedas McCrispy ini. Nampak game puzzle di atas? Korang rasa cukup hebat tak nak kumpul markah tertinggi? Jadi 10 pengumpul markah tertinggi dan McD nak belanja baucar RM100 untuk korang!

Peraduan berlangsung dari 10 hingga 30 Mac 2022. Cepat guys, main sekarang dan kumpul markah, leaderboard top 10 je akan menang. Bukan selalu nak makan McDonald’s free. Jom ajak keluarga dan kawan-kawan sertai ramai-ramai dan tengok siapa paling hebat antara semua. Lagi ramai sertai, lebih banyak peluang untuk menang!

Bukan tu je, dari 10 hingga 17 Mac 2022 korang dapat tunjukkan sisi kreatif korang ketika menikmati Burger Ayam Pedas McCrispy dan berpeluang menang hadiah. Cuma perlu ke Instagram @McDonaldsMalaysia, klik ‘Add Yours’ pada highlight peraduan #MySpicyMcCrispy #ANewMustHave dan kongsikan gambar korang bersama menu baru ini.

Lebih kreatif dan unik penyertaan korang, lebih tinggi peluang untuk menang. Nak buat aksi akrobatik, menari atau parkour sambil pose makan burger? Terpulang kepada kreativiti korang dan kawan-kawan. 10 pemenang paling kreatif akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM100.

Jom nikmati Burger Ayam Pedas McCrispy di restoran McDonald’s berhampiran korang atau pesan McDelivery atau Pandu Lalu. Senang.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas